Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

AIMAN SYUKUR ANAKKU

Imej
Catatan ini dibuat bukan untuk simpati orang atau heboh telur sebiji ayam sekampung. Pada tahun 2003 bulan November lahirlah anak lelakiku yang ku beri nama Aiman Syukur, Lahirnya Aiman macam-macam dugaan terpaksa aku harungi dan hadapi. Ada setengah orang mengatakan semasa isteriku mengandungkan Aiman aku telah melakukan satu kesalahan besar menyebabkan anakku Aiman lahir tanpa tempurung kepala di belakang kepala sebesar tapak tangan.Otak di kepalanya turut sedikit keluar dan mengering menjadi kehitaman kerana sel-selnya telah mati. Sebelum dibedah kelihatan cecair otak berwarna kekuningan keluar dibaluti dengan kapas. Aku berasa sungguh sedih ketika itu, tambahan pula doktor mengatakan anakku hanya mampu hidup 3 tahun. Tetapi kini sudah 6 tahun, anakku Aiman masih mampu hidup dan boleh bergembira dengan adik-beradiknya , ayah dan umi.Aku yakin padamu ALLAH aku tidak melakukan apa-apa kesalahan yang besar hinggakan anakku terpaksa menghadapi balasannya.
  Air mata akan sentiasa me…

Gambar Keluarga

Imej

Tesco Johor Gahru

Imej
Wajah-wajah ceria=
Khairunnisa
Aiman Syukur
Nurin Safiah
Muhammad AMirun Amien

Nabilah

Imej
Tahun berapa Nabilah ke Mesir? Bangah tak berapa ingat.
Ni gambar kau ambik sendiri guna hanset bgh di depan rumah Ramali.Bangah buat tulisan ni pada tarikh 7.7.12 hari Sabtu pukul 5.48 petang waktu Malaysia.

Muka Nabilah ada iras Rafidah sikit. Kau jangan lupa nama kau Bangah yang bagi,Nanti kalau kak ina ngandung minta tolong carikan nama yan maknanya baik baik.

Nama Khairunnisa ayah yang bagi...bgh dah ketandusan idea mencari nama selepas kelahiran Aiman Syukur.Nanti bgh cari lagi gambar-gambar kau kalau ada dalam simpanan komputer ni.

Umur kau masa ni 19 tahun bangah lagi muda masa ni umur bangah berapa ya? Tak ingat lagi. Mudah lupa. Mungkin 36 tahun kot?

Ini gambar kira dah lama juga. Tahun 2010.Sekarang dah 2012. Ada juga gambar terbaru.