Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Aiman Syukur Ke Sekolah...30.03.2010

Imej
Setiap pagi pukul 5.00  Umi dah bangun untuk persiapan anak-anak ke sekolah. Bila terdengar bunyi di dapur serta-merta Aiman dan Baby Nisa bangun menjerit-jerit. Memang kelam-kabut waktu pagi persiapan sarapan, pakaian dan solat subuh. Kekadang terpaksa tidurkan baby Nisa dibuaian, dapat bergerak sedikit.
    Aiman sudah biasa bangun pagi dan dia faham hendak ke sekolah. Katanya "hendak belajar", "warna", "tulis" .Uminya yang selalu siapkan mandi,gosok gigi, memakai bedak, pakaian,susu dan ubat-ubatan seperti sawan,asma dan kekadang demam.  Tetapi sejak kebelakangan ini Aiman kerap tidak dapat ke sekolah kerana sering diserang Sawan dan kekadang Asma. Ada suatu ketika dah banyak kali cikgunya  telefon di sekolah ambil Aiman balik kerana diserang Demam Sawan. Cikgunya berpesan "Aiman tak payah sekolahlah. kami faham masalah Aiman".
   Setiap pagi aku menghantar Aiman ke sekolah, itupun kalau sihat. Semasa tiba di pintu kelas datang kawan-ka…