Aiman Syukur Ke Sekolah...30.03.2010


     Setiap pagi pukul 5.00  Umi dah bangun untuk persiapan anak-anak ke sekolah. Bila terdengar bunyi di dapur serta-merta Aiman dan Baby Nisa bangun menjerit-jerit. Memang kelam-kabut waktu pagi persiapan sarapan, pakaian dan solat subuh. Kekadang terpaksa tidurkan baby Nisa dibuaian, dapat bergerak sedikit.
    Aiman sudah biasa bangun pagi dan dia faham hendak ke sekolah. Katanya "hendak belajar", "warna", "tulis" .Uminya yang selalu siapkan mandi,gosok gigi, memakai bedak, pakaian,susu dan ubat-ubatan seperti sawan,asma dan kekadang demam.  Tetapi sejak kebelakangan ini Aiman kerap tidak dapat ke sekolah kerana sering diserang Sawan dan kekadang Asma. Ada suatu ketika dah banyak kali cikgunya  telefon di sekolah ambil Aiman balik kerana diserang Demam Sawan. Cikgunya berpesan "Aiman tak payah sekolahlah. kami faham masalah Aiman".
   Setiap pagi aku menghantar Aiman ke sekolah, itupun kalau sihat. Semasa tiba di pintu kelas datang kawan-kawannya menyambut Aiman, terasa sebak hatiku. Kawan-kawannya berkata"Aiman sekolah"..."mari duduk sini". "Salam". Cikgunya selalu bertanya "Aiman Sihat  tak"...Aku berasa sebak dan sedih kerana aku tak menyangka tuhan akan memberikan aku anak seperti  ini. Anak istemewa, sebelum ini aku hanya lihat di tv dan memerhatikan anak orang lain. Sebak hati ini terasa setiap kali hantar aiman ke sekolah.Tetapi setiap kali ke sekolah Aiman akan kelihatan gembira,mungkin ramai kawan dan cikgu-cikgunya yang baik.
   Waktu malam jika hendak tidur dia akan memanggil "ayah sini tidur" ...terpaksa aku menemankan sampai dia tidur. Di tengah malam pernah bangun memanggil ayah....ayah...sini. Aiman akan mencari aku walau di mana? Kadang-kadang di waktu malam Aiman terbatuk-batuk sesak nafas, terpaksa aku memberikan gas kepadanya dan mengurut badan-badannya.
  

Ulasan

NoorGie berkata…
salam dir..alhamdulillah..perkembangan aiman cukup baik..semoga Allah melimpahkan kurnia ke atas dirinya
Tanpa Nama berkata…
Syukur lah kepada Allah..kesihatan Aiman Syukur semakin baik. Berkat doa semua orang..semoga Allah membalasnya..Amin.
Terima kasih Gie...syukur atas ujian yang diberikan oleh allah kepada kita..
aiman syukur dah pandai makan sendiri guna sudu dan minum milo.
Aiman sekarang berumur 9 tahun

Catatan popular daripada blog ini

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Surau Taman Bahagia Ayer Hitam Batu Pahat