Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Adab Berdoa

Seorang lelaki melangkahkan kaki ke sebuah bilik. Kini dia berkemeja kemas tanpa ada kedutan, bertali leher walau rimas, rambut disikat kemas, adad dan tatacara bercakap sungguh sopan dan pelbagai lagi keajaiban dapat dilihat.Semua itu amat luar biasa berbanding hari-hari lain. Dia kini sedang berdepan dengan penemu duga. Oh patutlah! Rupanya hendak mendapatkan pekerjaan.
      Kita pula bagaimana? Saat meminta daripada Allah akan seribu keperluan dan kehendak, adakah kita begitu teliti tentang segala adab-adabnya? Kita perlu cerewet dengan persiapan sama ada sebelum, semasa atau setelah berdoa. Malah adab-adab ini juga meliputi adab-adab lahir dan batin.

Sebelum
Sediakan hati bahawa Allah bersdifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-Nya. Bertaubattlah juga kepada Allah.Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.Menghadap kiblat, jika tiada halangan.Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketik…