Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Setiap orang mempunyai peristiwa yang tidak dapat dilupakan sama ada peristiwa gembira atau peristiwa yang menyedihkan.Aku juga mempunyai peristiwa yang tidak dapat dilupakan iaitu peristiwa yang menyedihkan.

Pada tahun 2003. aku telah mendapat seorang adik.Doktor mengesahkan bahawa adikku tidak sempurna seperti kanak-kanak yang lain kerana belakang tempurung kepalanya berlubang dan hanya ditutupi dengan kulit sahaja.Doktor mengatakan otaknya terkeluar sedikit dan mengering berwarna hitam.

Aku berasa sangat sedih. Kedua ibu bapaku dan adik-beradikku juga bersa sangat sedih.Apabila umurnya 7 hari doktor menasihatkan supaya adikku menjalani pembedahan. Ibu bapaku bersetuju supaya adikku menjalani pembedahan. Sesudah pembedahan itu, doktor mengatakan adikku telah berjaya dibedah dan selamat. Aku dan ibu bapaku berasa amat bersyukur kepada Allah.

Adikku belum pandai berdikari seperti mandi, makan, buang air kecil, memakai baju dan sebagainya.Ibu bapaku terpaksa mengurusk…

Aiman Buang Kahak.

Aiman keluar HDBP.

Video ini diambil di Kg Parit Tengah Parit Raja, Batu Pahat.Keadaan Aiman waktu itu baru pulih dari asma dan baru balik dari Hospital Batu Pahat.Kamera yang digunakan jenis nokia lama dan rakaman terlalu singkat. Waktu ini tengah top lagu dari kumpulan Dewa 19.Umur Aiman 2 tahun lebih masih belum pandai berjalan.Aiman memang suka bermain-main dengan rambut sambil menyebut : "Rambuuutttt, rambuuuttt, hansett aah."...sambil tersenyum. Ini video kenang-kenangan selepas baru balik dari Hospital.Ini kali kedua Aiman dimasukkan ke hospital. kali pertama di hospital Kota Tinggi(sampai berdarah-darah mulutnya dikerjakan Dr) , kemudian dihantar menaiki ambulan ke Hospital Sultanah Aminah dan di tahan di wad kecemasan..waktu itu Aiman tidak sedarkan diri. Kali kedua di hospital BP dan kali ketiga di Hospital Kluang. Sampai hari ini Aiman masih sihat dibekalkan ubat asma(mudah-mudahan terus sihat).Semasa ditahan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah perasaan semasa menunggu berdeb…

Baby Khairunnisa umur 1 tahun

Imej
L Ramai orang kata kalau pergi mana-mana sebiji muka ayah dia...memang pun. Nama Khairunnisa pun Atuk Ayah yang beri.Atuk ayah diberi penghormatan untuk memberi nama kepada anak kesayanganku. Dulu masa ayah nak beri nama adik-adik pun minta pandangan aku antaranya ialah Umi Kalsom, Nabilah dah Mohd Zharif. Nama Zharif tu sebab dia anak yang bongsu nama huruf' "Z".Nama-nama lain ikut nama pak menteri Shafie,Zaki, Rafidah, Mahyuddin dan aku sendiri Mahadzir (ejaan asal Mahathir).Nama -nama lain idea ayah sendiri seperti Norsila, Mumtazah dan Amir Arif.

Sekarang Khairunnisa sudah berumur 2 tahun 8 bulan. Ada gambar Adik atas sekali tengah menangis.Gambar lain pun ada semasa Hari Raya.Memang betul kata orang anak penyeri rumahtangga.Menunggu kelahiran Nisa agak lama juga selepas Aiman beza umur agak jauh juga iaitu hampir 6 tahun. Tetapi dari segi perkembangan pemikiran amat berbeza antara abang dan adik.Perasaam cemburu kasih sayang antara adik beradik amat 
  kuat. Kekadang…