Jumaat, 21 Oktober 2011

Aiman keluar HDBP.

Video ini diambil di Kg Parit Tengah Parit Raja, Batu Pahat.Keadaan Aiman waktu itu baru pulih dari asma dan baru balik dari Hospital Batu Pahat.Kamera yang digunakan jenis nokia lama dan rakaman terlalu singkat. Waktu ini tengah top lagu dari kumpulan Dewa 19.Umur Aiman 2 tahun lebih masih belum pandai berjalan.Aiman memang suka bermain-main dengan rambut sambil menyebut : "Rambuuutttt, rambuuuttt, hansett aah."...sambil tersenyum. Ini video kenang-kenangan selepas baru balik dari Hospital.Ini kali kedua Aiman dimasukkan ke hospital. kali pertama di hospital Kota Tinggi(sampai berdarah-darah mulutnya dikerjakan Dr) , kemudian dihantar menaiki ambulan ke Hospital Sultanah Aminah dan di tahan di wad kecemasan..waktu itu Aiman tidak sedarkan diri. Kali kedua di hospital BP dan kali ketiga di Hospital Kluang. Sampai hari ini Aiman masih sihat dibekalkan ubat asma(mudah-mudahan terus sihat).Semasa ditahan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah perasaan semasa menunggu berdebar-debar, takut, risau dan bermacam-macam lagi. Hanya doa sahaja yang mengiringi Aiman waktu itu.

5 ulasan:

bunga cinta berkata...

rindunya aiman..^^,
moga Allah memanjangkan umur dan memberi kesihatan pd aiman..insyaallah..aminnn..

umi_kalsom berkata...

semoga aiman terus sihat , cergas n pintar..

umi_kalsom berkata...

semoga aiman terus sihat cergas n cerdik..

Mahadzir bin Ibrahim berkata...

insyaallah...amin yarabbalalamin.

Mahadzir bin Ibrahim berkata...

kesian anak aku dah 14 tahun cepatnya masa berlalu hampir 12 tahun...

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...