Sabtu, 18 Februari 2012

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT

"Solat itu Tiang Agama.Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan  agama, dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan Agama."
                                                                  AL HADIS
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka saqar ini? Mereka menjawab : Kami tidak termasuk golongan yang bersembahyang (surah Al Mudathsir 42,43)

6 seksaan ketika hidup di DUNIA:-
  • Allah kurangkan keberkatan umurnya
  • Rezekinya dipersempitkan Allah
  • Tidak ada tempat baginya di sisi agama
  • Doanya tertolak
  • Hilang cahaya soleh dari wajahnya
  • Amal kebajikannya langsung tidak diberi pahala
3 seksaan ketika sakaratul MAUT:-
  • Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina
  • Matinya dalam keadaan menderita dan kelaparan
  • Matinya dalam keadaan sangat haus walau diberi minum air sebanyak 7 lautan
3 seksaan ketika ALAM KUBUR:-
  • Allah akan meyempitkan kuburnya
  • Kuburnya digelapkan
  • Allah akan menyiksanya dengan pedih hingga hari akhirat
3 seksaan ketika berada di AKHIRAT:-
  • Ia akan dibelenggu dan diheret ke padang mahsyar oleh Malaikat 
  • Allah tidak memandang dengan belas kasihan
  • Dosanya tidak diampuni dan dicampak ke neraka
NISBAH DOSA MENINGGALKAN SOLAT

SUBUH
Diseksa selama 60 tahun di neraka (60 000 tahun di dunia)

ZUHUR
Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam

ASAR
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah

MAGHRIB
Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya atau dengan bapanya

ISYAK
Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah dan digesa mencari bumi lain

Tiada ulasan:

Surau Taman Bahagia Ayer Hitam Batu Pahat

Assalamualaikum tuan/puan. Kami ahli jemaah surau Taman Bahagia Ayer Hitam, Batu Pahat mengalu-alukan kepada tuan/puan jika ada yang ingin ...