Sabtu, 7 Julai 2012

ELAK IMAN LUNTUR

Bagi mengelak lunturnya iman beberapa cadangan boleh diikuti:-

1.TINGKATKAN KUALITI IBADAH
Contohi bagaimana Rasullullah beribadah walaupun Baginda telah dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik. Rasullullah s.a.w. bersabda dalam hadis Qudsi yang bermaksud
Allah berfirman: "Tidaklah seorang hambaku mendekatkan diri kepadaku dengan sesuatu yang paling aku cintai selain daripada kewajiban yang Aku fardukan kepadanya.Dan hambaku itu sentiasa mendekatkan diri kepadaku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya" (Riwayat al- Bukhari)


2.HATI SENTIASA KHUSYUK KETIKA BERHADAPAN DENGAN ALLAH
Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah.Punca hilang khusyuk ialah hati terlalu keras, cara melembutkan hati adalah dengan melemahkan nafsu. Di sini Rasullullah s.a.w. mengajar kita supaya sujud lama-lama dalam solat.

3.SELALU MENGHADIRI MAJLIS ILMU
Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya jika semakin jauh daripada majlis ilmu.Kalau Rasullullah cintakan ilmu, maka kita juga perlu cintakan ilmu sekaligus menggambarkan kecintaan pada Rasullullah.

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas adalah asas bagi seseorang untuk mencapai kemanisan iman.Jadi sebagai umat Islam tidak harus mengabaikannya.

Selasa, 3 Julai 2012

Baju Kelab Pencegahan Jenayah




                                                 

SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH

1.Hendaklah selalu berada di rumah.(Tidak mencari nafkah) mengutamakan urusan di dalam rumahtangga.Tidak bertandang ke rumah jiran berbual-bual kosong tanpa urusan penting.
2.Selalu menggembirakan hati suami semasa dirumah.
3.Memelihara maruah diri ketika suami tiada di rumah.
4.Tidak keluar rumah tanpa izin suami atau untuk melakukan urusan-urusan yang diluluskan syarie
5.Jika keluar rumah hendaklah sentiasa menutup aurat (memakai tudung hingga paras dada).
6.Sentiasa menjaga imej sebagai wanita islam(mengurus anak,sembahyang,puasa,mengaji Quran dan segala kewajipan agama).
7.Hendaklah selalu muhasabah diri (kesilapan diri sendiri)
8.Selalu puasa sunat (setelah mendapat kebenaran suami)
9.Memelihara pandangan dari melihat perkara haram dan jauhi sifat boros dan membazir.
10.Selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa berzikir
11.Sentiasa taat kepada suami dan mendorong suami mencari rezeki yang halal dan tidak membawa masuk lelaki ke dalam rumah.
12.Sentiasa bersifat malu, sabar dan bersyukur
13.Sedikit gelak tawa
14.Tidak melayan lelaki bukan muhrim atau sahabat suami yang boleh memikat hatinya dengan membuat suami cemburu
15.Tidak mengkhianati harta suami dan diam ketika suami bercakap selagi percakapannya tidak menyalahi hukum agama.
16.Memakai bau-bauan , berpakaian bersih dan membersih mulut (bersugi) ketika suami sentiasa dirumah.
17.Menunjukkan rasa puas (cukup) dengan apa yang diperolehi daripada suami (Nafkah Zahir dan Batin) dan bersifat kasih pada suami.
18.Menganggapsuami mempunyai kelebihan, kemuliaan dan memuliakan kedua ibubapa suami dan keluarganya.
"Allah Taala membenci sikap seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suami sedangkan ia memang memerlukan suaminya". (RIWAYAT AN NASAI)
"Apabila seorang wanita melakukan sembahyang lima waktu berpuasa di bulan Ramadan menjaga maruahnya dan mentaati suaminya, maka di akhirat akan diseru untuk masuk ke dalam syurga melalui pintu mana yang ia suka". (RIWAYAT OLEH ALBAZZA)

14 Azab Meninggalkan Solat

3 SEMASA DI DALAM KUBUR
1. Dihimpit sehingga bercanggah tulang rusuk
2. Dinyalakan api Jahim di dalam kuburnya
3. Suja'ul Akra' (ular bisa) yang matanya berapi, suara seperti guruh bersamanya di dalam kubur menyoal dan memukul siang dan malam.

3 SEMASA DI HARI KIAMAT
1. Dihisab dengan keras dan tiada belas kasihan
2. Mendapat murka Allah hingga gugur daging muka
3. Dicampak ke dalam neraka bersama orang-orang kufur

5 SEMASA HIDUP DI DUNIA
1. Tidak ada rahmat dalam hidup
2. Tiada nur (cahaya) pada wajah
3. Tiada pahala bagi amalan baik
4.  Doa tidak makbul
5. Tidak mendapat bahagian doa orang soleh

3 SEMASA DI AMBANG SAKARATULMAUT
1. Mati dalam keadaaan hina, aib dan memalukan
2. Mati dalam keadaan lapar
3. Mati dalam kedaaan dahaga

6 PROSES KEMATIAN

  • MATI DATANG TIBA-TIBA
  • SAKIT MATI AMAT BERAT
  • DAPAT LIHAT MALAIKATUL MAUT
  • DAPAT LIHAT KIRAMAN KATIBIN
  • DAPAT LIHAT TEMPAT TINGGAL DI AKHIRAT
  • MENGHADAPI GODAAN SYAITAN

Surau Taman Bahagia Ayer Hitam Batu Pahat

Assalamualaikum tuan/puan. Kami ahli jemaah surau Taman Bahagia Ayer Hitam, Batu Pahat mengalu-alukan kepada tuan/puan jika ada yang ingin ...