Khamis, 25 September 2014

25/9/14 Selamat Hari Lahir ke 42 tahun

Assalamualaikum wbt....terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah swt. yang telah memberi peluang untuk terus hidup menghirup udara segar dan dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anak didik kesayangan saya kelas 3KAA1. Saya berasa amat terharu,sedih bercampur suka dan gembira yang tidak terhingga kerana diberi layanan yang baik,walaupun saya tahu saya selalu memarahi dan menjerit  DIAM kepada semua pelajar yang suka membuat bising sewaktu belajar. Saya yakin dengan anda semua pelajar 3KAA1 akan berjaya dalam semua matapelajaran dan menjadi anak-anak yang g soleh dan solehah. Bermula dengan kad jemputan diikuti dengan kek kembar bertulis HAPPY BIRTHDAY CIKGU MAHADZIR dan DARIPADA KELAS 3KAA1 saya amat terharu dan sedih. 










Surau Taman Bahagia Ayer Hitam Batu Pahat

Assalamualaikum tuan/puan. Kami ahli jemaah surau Taman Bahagia Ayer Hitam, Batu Pahat mengalu-alukan kepada tuan/puan jika ada yang ingin ...