Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Ucapan Wakil Pengerusi Taman Bahagia Ayer Hitam 2017

Ucapan Wakil Pengerusi Sambutan Maulidurrasul Peringkat Surau Taman Bahagia 4.2.2017

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis , Alhamdulillahirabbilalamin wassolatuwasolamuala asyrafilmursalin waalaalihi wasohbihi ajmain. Rabbisahri sadri wayassirliamri wahluluqdatammillisani yafqauluqauli. 

Yang Dihormati, Tuan Penceramah Undangan Kita Ustaz Tn Haji Taufiq bin Othman Imam Mesjid Batu 8, Pengerusi Surau Taman Bahagia Ustaz Wan Hassan Bin Wan Ahmad, Pengerusi Taman Bahagia Encik Edy Bin Musliman , Ajk - Ajk Taman Bahagia ,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dikasihi Sekalian. Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Allah kerana dengan Taufik Dan Hidayahnya serta keizinannya sekali lagi pada tahun 2017 ini dapat kita berkumpul bersama-sama diMajlis ilmu ini iaitu Sambutan Maulidurrasul bagi memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Maulidurrasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang dira…