Selasa, 23 Mei 2017

Surau Taman Bahagia Ayer Hitam Batu Pahat

Assalamualaikum tuan/puan. Kami ahli jemaah surau Taman Bahagia Ayer Hitam, Batu Pahat mengalu-alukan kepada tuan/puan jika ada yang ingin menderma bagi tabung/dana surau untuk meningkatkan kemudahan surau seperti tandas dan bumbung. Tuan/Puan boleh menyumbang ke

AKAUN BANK- AFFIN ISLAMIC BANK 
NOMBOR AKAUN 20-661-002006-7













Sekolah Lestari - Sekolah Kebangsaan Seri Lalang .



Makna Lestari :-

Perkataan ‘lestari‘ sedap didengar dan gemar pula digunakan orang. Maksud lestari sebenarnya ialah;-
  • lestari > kekal, tidak berubah
  • melestarikan > mengekalkan, menetapkan
  • pelestarian > perlindungan daripada kemusnahan
  • kelestarian > keadaan yang tidak berubah
Dalam ayat;-
  1. Semua anggota masyarakat mestilah memiliki rasa tanggungjawab untuk melestarikan hutan semula jadi kita. (mengekalkan)
  2. Kelestarian hutan asli kita mesti diutamakan. (pengekalan / keaslian)
Latar Belakang
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Dato’ Sri Hj. Adenan Hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Januari 2005.
Sekolah Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari segi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Hasrat Sekolah Lestari
Sekolah Lestari adalah satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh Srategi Hijau. Strategi Hijau yang pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.
Definisi Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Objektif Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari dibentuk bagi mencapai objektif berikut:-
  1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
  2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
  4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan
  5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari
Kompones Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari merangkumi empat komponen iaitu:-
  1. Pengurusan
  2. Kurikulum
  3. Kokurikulum
  4. Penghijauan































Terima kasih kepada penyumbang :-

1. Tn Haji Amat Khri bin Mardi AKM TANI- Baja Hidroponik.

2. Tn Bahrudin bin Mohd Salleh- Pen Pegawai Pertanian, Unit Senitaman dan Agro Pelancongan PPAH - Pokok Hiasan Pagar iaitu Pokok Siantan (Ixora Spp)
Pokok Bunga Puding (Croton spp) , Pokok Bunga Longan.

3. Tn Samad - Pokok Mangga, Pokok Durian Belanda

4. En Aizad - Penceramah Kitar Semula dari SWAM

Pertandingan Lestari Alam Sekitar 2017-2018

Program Lestari:
1. Gotong royong
2. Ceramah Kitar Semula
3. Penanaman Pokok
4.Khidmat nasihat PPAH
5. Penjualan besi/kertas/plastik




















Kalimah الله

Assalamualaikum wbth. Petang semalam pukul 5:20 petang saya bersama anak-anak berjalan di taman permainan berhampiran Surau Tama...