Selasa, 5 Disember 2017

Pengerusi Majlis Sambutan Mauliddurrasul 2017M/1439H 8/12/2017

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...
***
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz  Mohd Kamal bin Mohd Said selaku tuan penceramah undangan kita pada hari ini.
Yang dihormati barisan Ahli Jawatankuasa Surau Taman Bahagia.
Tuan-tuan dan Puan-puan Yang dirahmati Allah sekalian.
Assalamualaikum w.b.t.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita sama-sama membacakan ummul kitab Al Fatihah.
Aamiin, ya robbal ‘aalamin...
Hari ini bertarikh 8 Disember 2017 kita berhimpun bagi tujuan sambutan Majlis Maulidurrasul peringkat Surau Taman Bahagia bagi tahun 2017M bersamaan 1439H. Majlis untuk mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. Tema pada tahun ini adalah “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”iaitu tema yang sama digunakan untuk sambutan Maal Hijrah 2017.
Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.
***
Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,
Bagi memulakan majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan wakil Pengerusi Surau Taman Bahagia iaitu En Kahar bin Basir untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan kepada wakil pengerusi Surau Taman Bahagia.


Marilah kita bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT SUCI ALQURAN yang akan disampaikan oleh Saudara Hamizan bin _____________ dan terjemahan akan dibacakan oleh Saudara Edy Musliman. Ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah __________________ bermula ayat _______ hingga ayat _______ .
****
Shodakollahul ‘azim...
Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan kepada saudara Hamizan atas komitmen bacaan al-Quran itu tadi.
***
Seterusnya majlis menjemput En Kahar bin Basir untuk memimpin persembahan MARHABAN SERTA SELAWAT bersama-sama dengan Jawatankuasa Surau Taman Bahagia. Pihak Majlis mempersilakan.
Para Hadirin dipersilakan berdiri.
***
Terima Kasih diucapkan kepada semua AJK Surau Taman Bahagia.

*****
Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, majlis ini akan diteruskan dengan ceramah maulidur rasul  yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said.Diakhir ceramah Ustaz nanti dipohon ustaz untuk membacakan doa bagi kesejahteraan dan kebahagian penduduk Taman Bahagia.
Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

*****
Terima kasih diucapkan kepada  Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.
*****
Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan En Edy bin Musliman untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said , dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Edy bin Musliman di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
****
Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Surau Taman Bahagia.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al  ‘Asr.

Sekian. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Lagu Dengue Patrol

Hapuskan Nyamuk Aedes Bermula dari rumah, Ambil kisah tentang denggi, Dan juga di sekolah, Ambil tau tentang denggi. Hapusk...