Ahad, 18 Disember 2011

Diaryku

Sekolah tinggal berapa minggu lagi? 3 minggu.

Permohonan untuk melanjutkan pelajaran Sarjana telah gagal mungkin kerana faktor umur.Tak pa.Bukan rezeki. Selama cuti sekolah, sepenuh masa menjaga anak Aiman Syukur satu hati 3 kali sawan, sehari sebelum terkena sawan mesti mengamuk menumbuk, menampar diri sendiri.Hari ketiga baru nampak ceria,ketawa,bercerita terutama skrip upin dan ipin diulang-ulang.Tak pun Boboiboy.

Baru-baru ni pergi berubat dengan Tuan Hj Bilal di Olak Batu, Jalan Yong Peng. Agak lama juga dia bertanya, semasa isteri mengandung ada tak pernah membuat perkara-perkara yang boleh menyebabkan kenan. Aku kata macam tiada.Isteriku pun kata tiada. Dahulu pernah pergi JB berjumpa Ustaz Hj Abu, beliau mengatakan ini semua ujian dari ALLAH dan minta supaya kita banyak bersabar. Hj Bilal mengesyorkan supaya kami pergi berjumpa dengan seorang Ustaz di Kajang. Sebelum tu, dia ada memberikan air yang sudah dibacakan doa untuk Aiman Syukur.

Tapi Aiman tetap diserang sawan.Hari pertama mengamuk,meracau, menampar,memukul diri sendiri dan menjerit-jerit.Hari kedua diserang sawan 3kali hingga 4 kali.hari ketiga baru ceria.Begitulah keadaan Aiman Syukur sekarang ini.

Aiman ada dibekalkan ubat sawan cecair sirap berwarna merah.Setiap hari pagi dan petang sebanyak 6.25ml.Doktor meminta supaya Aiman Syukur terus diberi ubat untuk mengurangkan serangan sawan.
                                                        Gambar Hari Raya Pertama 2011 di Kg Parit Tengah Pt Raja
                                                         Taman Tok Abah.

Isnin, 24 Oktober 2011

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Setiap orang mempunyai peristiwa yang tidak dapat dilupakan sama ada peristiwa gembira atau peristiwa yang menyedihkan.Aku juga mempunyai peristiwa yang tidak dapat dilupakan iaitu peristiwa yang menyedihkan.

Pada tahun 2003. aku telah mendapat seorang adik.Doktor mengesahkan bahawa adikku tidak sempurna seperti kanak-kanak yang lain kerana belakang tempurung kepalanya berlubang dan hanya ditutupi dengan kulit sahaja.Doktor mengatakan otaknya terkeluar sedikit dan mengering berwarna hitam.

Aku berasa sangat sedih. Kedua ibu bapaku dan adik-beradikku juga bersa sangat sedih.Apabila umurnya 7 hari doktor menasihatkan supaya adikku menjalani pembedahan. Ibu bapaku bersetuju supaya adikku menjalani pembedahan. Sesudah pembedahan itu, doktor mengatakan adikku telah berjaya dibedah dan selamat. Aku dan ibu bapaku berasa amat bersyukur kepada Allah.

Adikku belum pandai berdikari seperti mandi, makan, buang air kecil, memakai baju dan sebagainya.Ibu bapaku terpaksa menguruskan dirinya.Aku juga selalu menolong untuk menguruskan dirinya.

Kini, adikku sudah berumur 8 tahun.Adikku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam dan adikku menduduki kelas PDK. Adikku berasa sangat gembira semasa berada di sekolah kerana adikku dapat berjumpa ramai kawan dan guru-gurunya. Di sekolah adikku telah belajar berdikari seperti makan, minum, menulis, mewarna dan sebaginya.

Inilah peristiwa sedih yang tidak dapat dilupakan.Aku dan keluarga berasa amat bersyukur kerana adikku semakin cerdik.Semoga suatu hari nanti adikku akan pandai menguruskan dirinya sendiri.

Hasil Karangan:

Nurin Safiah binti Mahadzir
Kelas 4 Sajidin
SK Ayer Hitam.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Aiman keluar HDBP.

Video ini diambil di Kg Parit Tengah Parit Raja, Batu Pahat.Keadaan Aiman waktu itu baru pulih dari asma dan baru balik dari Hospital Batu Pahat.Kamera yang digunakan jenis nokia lama dan rakaman terlalu singkat. Waktu ini tengah top lagu dari kumpulan Dewa 19.Umur Aiman 2 tahun lebih masih belum pandai berjalan.Aiman memang suka bermain-main dengan rambut sambil menyebut : "Rambuuutttt, rambuuuttt, hansett aah."...sambil tersenyum. Ini video kenang-kenangan selepas baru balik dari Hospital.Ini kali kedua Aiman dimasukkan ke hospital. kali pertama di hospital Kota Tinggi(sampai berdarah-darah mulutnya dikerjakan Dr) , kemudian dihantar menaiki ambulan ke Hospital Sultanah Aminah dan di tahan di wad kecemasan..waktu itu Aiman tidak sedarkan diri. Kali kedua di hospital BP dan kali ketiga di Hospital Kluang. Sampai hari ini Aiman masih sihat dibekalkan ubat asma(mudah-mudahan terus sihat).Semasa ditahan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah perasaan semasa menunggu berdebar-debar, takut, risau dan bermacam-macam lagi. Hanya doa sahaja yang mengiringi Aiman waktu itu.

Isnin, 10 Oktober 2011

Baby Khairunnisa umur 1 tahun

L
Ramai orang kata kalau pergi mana-mana sebiji muka ayah dia...memang pun. Nama Khairunnisa pun Atuk Ayah yang beri.Atuk ayah diberi penghormatan untuk memberi nama kepada anak kesayanganku. Dulu masa ayah nak beri nama adik-adik pun minta pandangan aku antaranya ialah Umi Kalsom, Nabilah dah Mohd Zharif. Nama Zharif tu sebab dia anak yang bongsu nama huruf' "Z".Nama-nama lain ikut nama pak menteri Shafie,Zaki, Rafidah, Mahyuddin dan aku sendiri Mahadzir (ejaan asal Mahathir).Nama -nama lain idea ayah sendiri seperti Norsila, Mumtazah dan Amir Arif.

Sekarang Khairunnisa sudah berumur 2 tahun 8 bulan. Ada gambar Adik atas sekali tengah menangis.Gambar lain pun ada semasa Hari Raya.Memang betul kata orang anak penyeri rumahtangga.Menunggu kelahiran Nisa agak lama juga selepas Aiman beza umur agak jauh juga iaitu hampir 6 tahun. Tetapi dari segi perkembangan pemikiran amat berbeza antara abang dan adik.Perasaam cemburu kasih sayang antara adik beradik amat 
  kuat. Kekadang berebut-rebut hendak dipeluk cium.
Sekarang ini, Nisa  memang suka mengusik abangnya, dengan menggigit-gigit badan abangnya. Setiap pagi hantar abangnya ke sekolah mesti ikut menemani sampai ke pintu kelas.Pernah sekali hendak ikut sama-sama abangnya bersekolah.Selepas bersalam
dengan abangnya terasa puas dan terus balik.




Sabtu, 2 April 2011

Aiman Syukur

Kisah Hidup Aiman Syukur:-
Secara ringkas antara ingat lupa....Aiman lahir tengah malam .Waktu itu aku sedang tidur nyenyak kepenatan bersama dua orang anak-anakku Amin dan Nurin di rumah Kg Pt Tengah,Lebih kurang pukul 12.30 malam terdengar suara memanggil-manggil jawab telefon ni..ina menangis-nangis entah kenapa anaknya kata ibu mertuaku,,,,aku antara sedar tidak ,mendengar kata-kata isteriku,,,aku tergesa-gesa ke hospital BP.


Perasaan sedih sewaktu melihat Aiman di dalam bilik.."kasihan anak ayah kenapa begini keadaan kau nak",,mendengar kata-kata doktor lagi sedih hati ini, Lebih kurang pukul 4.00 pagi aku ke mesjid kamek BP membuat solat Hajat beberapa rakaat dan berdoa pada ALLAH.."Ya Allah...Selamatkanlah anakku ya allah"...
Selang  umur Aiman 7 hari, aku bersama Aiman ke HSAJB menaiki ambulan...sepanjang jalan hati risau, Sampai di sana Doktor meminta supaya Aiman segera dibedah.Syukurlah 3 jam pembedahan memasukkan otak kering dan pembedahan selamat.
Selepas keluar dari hospital aku bersama-sama keluarga pulang ke Felda Bukit Easter Kota Tinggi.Sepanjang malam Aiman menangis-nangis  dan menjerit-jerit hinggakan jiran hadapan rumah risau.Waktu 2 pagi Aiman menangis-nangis. datang Ustaz Rahim ke rumah dan bertanya "kenapa dir anak kau..aku dengar sejak dari tadi menangis'...nanti aku berikan air doa ..tak lama lepas tu terus tidur.
Ya Allah...aku nak pindah dari sini....tak tahan malam tak boleh tidur. Fikir balik kasihan Aiman. Permohonan pindah pada awalnya disokong tetapi dengan ada pengganti. Aku tetap berusaha untuk pindah..aku cuba menelefon pegawai dan memberi alasan anak aku sakit..tempat ini terlalu jauh untuk ke hospitak jika berlaku kecemasan. Alhamdulillah tak lama kemudian permohonan pindah telah diluluskan.

Sebelum ini pernah pergi berubat di banyak tempat..ada yang mengatakan tiada gangguan dan tuhan menganugerahkan awak anak ini sebagai ujian untuk menguji makhluknya...

Aku tetap bersyukur kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.......

Selasa, 14 September 2010

Selamat Hari Raya hadapan rumah Pie

Selamat Hari Raya di Rumah Pie - Batu Pahat

Pokok Pisang 40 hari

Pokok pisang ni pelik sikit sebab buahnya tumbuh ke atas..biasanya buah pisang tumbuh ke bawah...kat belakang rumah je.Untuk makluman semua pembaca buah pisang ini tidak masak dan menjadi keras.Amat menghairankan.Buahnya tidak boleh dimakan.

Selamat Hari Raya di Kg Parit Tengah


Bermaafan di pagi hari raya..

Selamat Hari Raya di rumah Mumtazah

Selamat Hari Raya di Rumah Pak Lang

Hari Raya ke 4

Selamat Hari Raya di Rumah Emak dan Ayah

Selepas Solat Hari Raya Aidilfitri...berkumpul dan bermaaf-maafan.

Selamat Hari Raya

Pagi Syawal

Sabtu, 7 Ogos 2010

Adab Berdoa

Seorang lelaki melangkahkan kaki ke sebuah bilik. Kini dia berkemeja kemas tanpa ada kedutan, bertali leher walau rimas, rambut disikat kemas, adad dan tatacara bercakap sungguh sopan dan pelbagai lagi keajaiban dapat dilihat.Semua itu amat luar biasa berbanding hari-hari lain. Dia kini sedang berdepan dengan penemu duga. Oh patutlah! Rupanya hendak mendapatkan pekerjaan.
      Kita pula bagaimana? Saat meminta daripada Allah akan seribu keperluan dan kehendak, adakah kita begitu teliti tentang segala adab-adabnya? Kita perlu cerewet dengan persiapan sama ada sebelum, semasa atau setelah berdoa. Malah adab-adab ini juga meliputi adab-adab lahir dan batin.

Sebelum
  • Sediakan hati bahawa Allah bersdifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-Nya. Bertaubattlah juga kepada Allah.
  • Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
  • Menghadap kiblat, jika tiada halangan.
  • Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain-lain.
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
  • Pastikan makanan dan minuman anda daripada sumber yang halal. Ini kerana, Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
  • Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain.
Semasa
  • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak tiga kali.
  • Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
  • Ulangi doa yang dibaca.
  • Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
  • Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat.
  • Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.
Selepas
  • Menyapu muka dengan tangan selepas selesai berdoa.
  • Mengaminkan doa yang dibacakan.
  • Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti ada alternatif lain diberikan Allah, sama ada kita sedar atau tidak.
  • Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon. 

Isnin, 31 Mei 2010

Pertandingan Mewarna

Pada hari Ahad bersamaan dengan 30/5/10 suatu pertandingan mewarna mengikut kategori dianjurkan oleh Marry Brown Ayer Hitam. Pertandingan tersebut diadakan bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Bayaran yang dikenakan ialah RM10.00 dan pertandingan mewarna mengikut umur iaitu kategori A,B,C dan D.Sebelum pertandingan para peserta diberi satu burger dan air kotak.

A - 7 dan 8 tahun, B - 9 dan 10 tahun, C- 11 dan 12 tahun, D - Pendidikan Khas. Penyertaan para peserta untuk pertandingan adalah sungguh ramai, maka peluang untuk menang memang susah.Hadiah yang ditawarkan hanya untuk tempat pertama,kedua dan ketiga serta  tiga hadiah saguhati.Anak saya Nurin Safiah beriya-iya untuk masuk pertandingan tersebut. Nurin tidak memenangi sebarang hadiah, nampak jelas air mukanya kecewa.

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...