Jumaat, 15 Januari 2016

Ucapan Wakil Pengerusi Sambutan Maulidurrasul Peringkat Surau Taman Bahagia.

Terima Kasih Pengerusi Majlis ,
Yang Dihormati, Tuan Penceramah Undangan Kita Ustaz Mohammad Halmi bin Jaapar, Pengerusi Surau Taman Bahagia Ustaz Wan Hassan Bin Wan Ahmad, Pengerusi Taman Bahagia Encik Edy Bin Musliman , Ajk Taman Bahagia ,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dikasihi Sekalian.
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Alhamdulillahirabil  Alamin, Wassolatu  Wassalamu Ala Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin Wa Ala Aalihi Wasohbihi Ajmaiin.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Allah kerana dengan Taufik Dan Hidayahnya serta keizinannya sekali lagi pada tahun 2016 ini dapat kita berkumpul bersama-sama di Majlis Sambutan Maulidurrasul bagi memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Muslimin Dan Muslimat Yang Berbahagia,
Saya selaku Wakil Kepada Pengerusi Taman Bahagia Mengucapkan Terima Kasih Kepada Penceramah undangan kita kerana sudi hadir pada hari ini.Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan dan memberikan sumbangan sama ada dari segi tenaga dan wang ringgit. Semoga Allah yang membalas Jasa Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian.
Akhir kata, di harapkan majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan kita memperoleh sesuatu yang berguna dari ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah undangan kita..
Sekian Sahaja, Terima Kasih. Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...