Selasa, 5 Disember 2017

Pengerusi Majlis Sambutan Mauliddurrasul 2017M/1439H 8/12/2017

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...
***
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz  Mohd Kamal bin Mohd Said selaku tuan penceramah undangan kita pada hari ini.
Yang dihormati barisan Ahli Jawatankuasa Surau Taman Bahagia.
Tuan-tuan dan Puan-puan Yang dirahmati Allah sekalian.
Assalamualaikum w.b.t.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita sama-sama membacakan ummul kitab Al Fatihah.
Aamiin, ya robbal ‘aalamin...
Hari ini bertarikh 8 Disember 2017 kita berhimpun bagi tujuan sambutan Majlis Maulidurrasul peringkat Surau Taman Bahagia bagi tahun 2017M bersamaan 1439H. Majlis untuk mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. Tema pada tahun ini adalah “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”iaitu tema yang sama digunakan untuk sambutan Maal Hijrah 2017.
Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.
***
Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,
Bagi memulakan majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan wakil Pengerusi Surau Taman Bahagia iaitu En Kahar bin Basir untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan kepada wakil pengerusi Surau Taman Bahagia.


Marilah kita bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT SUCI ALQURAN yang akan disampaikan oleh Saudara Hamizan bin _____________ dan terjemahan akan dibacakan oleh Saudara Edy Musliman. Ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah __________________ bermula ayat _______ hingga ayat _______ .
****
Shodakollahul ‘azim...
Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan kepada saudara Hamizan atas komitmen bacaan al-Quran itu tadi.
***
Seterusnya majlis menjemput En Kahar bin Basir untuk memimpin persembahan MARHABAN SERTA SELAWAT bersama-sama dengan Jawatankuasa Surau Taman Bahagia. Pihak Majlis mempersilakan.
Para Hadirin dipersilakan berdiri.
***
Terima Kasih diucapkan kepada semua AJK Surau Taman Bahagia.

*****
Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, majlis ini akan diteruskan dengan ceramah maulidur rasul  yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said.Diakhir ceramah Ustaz nanti dipohon ustaz untuk membacakan doa bagi kesejahteraan dan kebahagian penduduk Taman Bahagia.
Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

*****
Terima kasih diucapkan kepada  Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.
*****
Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan En Edy bin Musliman untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said , dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Edy bin Musliman di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
****
Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Surau Taman Bahagia.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al  ‘Asr.

Sekian. Terima Kasih.

Contoh Ucapan Wakil Pengerusi Masjlis Sambutan Maulidurrasul 1439H/2017M

Contoh Ucapan Wakil Pengerusi Sambutan Maulidurrasul Peringkat Surau Taman Bahagia 8.12.2017

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis ,
Alhamdulillahirabbilalamin wassolatuwasolamuala asyrafilmursalin waalaalihi wasohbihi ajmain. Rabbisahri sadri wayassirliamri wahluluqdatammillisani yafqauluqauli.

Yang Dihormati, Tuan Penceramah Undangan Kita Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said, Pengerusi Taman Bahagia Encik Edy Bin Musliman , Ahli jawatankuasa Surau Taman Bahagia ,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dikasihi Sekalian.
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Allah kerana dengan Taufik Dan Hidayahnya serta keizinannya sekali lagi pada tahun 2017 ini dapat kita berkumpul bersama-sama di Majlis ilmu ini iaitu Sambutan Maulidurrasul bagi memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Maulidurrasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun. Demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya, mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

Muslimin Dan Muslimat Yang Berbahagia,
Saya selaku Wakil Kepada Pengerusi Taman Bahagia Mengucapkan Terima Kasih Kepada Penceramah undangan kita kerana sudi hadir pada hari ini.Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan program ini dan memberikan sumbangan sama ada dari segi bahan mentah,makanan, tenaga dan wang ringgit. Semoga Allah yang membalas Jasa Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian.
Akhir kata, di harapkan majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan kita memperoleh sesuatu yang berguna dari ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah undangan kita..
Sekian Sahaja, Terima Kasih. Assalamualaikum.wbt.

Isnin, 30 Oktober 2017

Kalimah الله





Assalamualaikum wbth. Petang semalam pukul 5:20 petang saya bersama anak-anak berjalan di taman permainan berhampiran Surau Taman Bahagia . Semasa hendak turun tangga ke taman permainan tiba-tiba saya terlihat kalimah الله di langit. Saya sedang memimpin anak istimewa saya. Saya bertanya dengzn anak perempuan berumur 8 tahun cuba lihat langit . Eh tulisan الله kata dia.

Selasa, 23 Mei 2017

Surau Taman Bahagia Ayer Hitam Batu Pahat

Assalamualaikum tuan/puan. Kami ahli jemaah surau Taman Bahagia Ayer Hitam, Batu Pahat mengalu-alukan kepada tuan/puan jika ada yang ingin menderma bagi tabung/dana surau untuk pembangunan surau dan aktiviti-aktiviti keagamaan. Tuan/Puan boleh menyumbang ke

AKAUN BANK- AFFIN ISLAMIC BANK 
NOMBOR AKAUN 20-661-002006-7














Sekolah Lestari - Sekolah Kebangsaan Seri Lalang .



Makna Lestari :-

Perkataan ‘lestari‘ sedap didengar dan gemar pula digunakan orang. Maksud lestari sebenarnya ialah;-
  • lestari > kekal, tidak berubah
  • melestarikan > mengekalkan, menetapkan
  • pelestarian > perlindungan daripada kemusnahan
  • kelestarian > keadaan yang tidak berubah
Dalam ayat;-
  1. Semua anggota masyarakat mestilah memiliki rasa tanggungjawab untuk melestarikan hutan semula jadi kita. (mengekalkan)
  2. Kelestarian hutan asli kita mesti diutamakan. (pengekalan / keaslian)
Latar Belakang
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Dato’ Sri Hj. Adenan Hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Januari 2005.
Sekolah Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari segi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Hasrat Sekolah Lestari
Sekolah Lestari adalah satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh Srategi Hijau. Strategi Hijau yang pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.
Definisi Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Objektif Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari dibentuk bagi mencapai objektif berikut:-
  1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
  2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
  4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan
  5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari
Kompones Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari merangkumi empat komponen iaitu:-
  1. Pengurusan
  2. Kurikulum
  3. Kokurikulum
  4. Penghijauan































Terima kasih kepada penyumbang :-

1. Tn Haji Amat Khri bin Mardi AKM TANI- Baja Hidroponik.

2. Tn Bahrudin bin Mohd Salleh- Pen Pegawai Pertanian, Unit Senitaman dan Agro Pelancongan PPAH - Pokok Hiasan Pagar iaitu Pokok Siantan (Ixora Spp)
Pokok Bunga Puding (Croton spp) , Pokok Bunga Longan.

3. Tn Samad - Pokok Mangga, Pokok Durian Belanda

4. En Aizad - Penceramah Kitar Semula dari SWAM

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...