Sabtu, 20 Januari 2018

Teks Ucapan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid



Assalamualaikum wbt.




Yang Berbahagia,

Inspektor Mazeli bin Yusof

Ketua Balai,

Balai Polis Sri Lalang




Yang Berusaha,

Pn Habibah bte Othman,

Guru Besar,

SK Seri Lalang




Yang Dihormati,

En Zolkapley bin Ibrahim

GPK Pentadbiran

SK Seri Lalang




Pn Hajah Ashikah bte Hasanuddin

GPK HEM

SK Seri Lalang

Barisan guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

ALHAMDULILLAH DENGAN LAFAZ SYUKUR PADA YANG MAHA ESA DAPAT KITA BERJUMPA DI PAGI YANG INDAH INI UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LALANG BAGI TAHUN 2018. Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Inspektor Mazeli bin Yusof kerana sudi hadir pada hari ini.




GURU-GURU DAN PELAJAR SEKALIAN,
TUJUAN MAJLIS SEUMPAMA INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MENGIKTIRAF PERANAN PEMIMPIN MURID DALAM MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN SEKOLAH DISAMPING MENYEMAI SIKAP BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP TUGASAN YANG DIAMANAHKAN OLEH PIHAK SEKOLAH. SEMOGA DENGAN PENYERAHAN TUGAS INI NANTI AKAN MEJADIKAN MEREKA PEMIMPIN PELAJAR YANG BERDEDIKASI DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGAS.


Saya yakin, setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding bahu bersama-sama guru melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan. Justeru, saya menyeru supaya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan sentiasa mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati dalam sanubari. Itulah resepi pemimpin murid yang terus gemilang.


Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat, sentiasalah memberi kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Patuhilah segala peraturan dan pesanan guru agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha membangunkan infrastruktur dan fasilitas sekolah serta peningkatan akademik bagi meletakkan kecemerlangan sekolah pada platform yang lebih tinggi.
Saya berdoa semoga SK Seri Lalang ini sentiasa mendapat kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan berguna yang boleh dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, para pentadbir dan guru-guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan usaha membentuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid. Kepada murid-murid juga saya mendoakan supaya berjaya dalam setiap peperiksaan yang dijalani.
Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini cemerlang dan terus gemilang dalam segala aktiviti akademik dan juga kokurikulum.Sekian . Terima Kasih.

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...