Jumaat, 15 Januari 2016
Ucapan Wakil Pengerusi Sambutan Maulidurrasul Peringkat Surau Taman Bahagia.
Terima Kasih Pengerusi Majlis ,
Yang Dihormati, Tuan Penceramah Undangan Kita Ustaz Mohammad Halmi
bin Jaapar, Pengerusi Surau Taman Bahagia Ustaz Wan Hassan Bin Wan Ahmad,
Pengerusi Taman Bahagia Encik Edy Bin Musliman , Ajk Taman Bahagia ,Tuan-Tuan
Dan Puan-Puan Serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dikasihi Sekalian.
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Alhamdulillahirabil Alamin, Wassolatu Wassalamu Ala
Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin Wa Ala Aalihi Wasohbihi Ajmaiin.
Alhamdulillah, bersyukur
kita ke Hadrat Allah kerana dengan Taufik Dan Hidayahnya serta keizinannya sekali lagi pada tahun 2016 ini dapat
kita berkumpul bersama-sama di Majlis Sambutan Maulidurrasul bagi memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Muslimin Dan Muslimat Yang Berbahagia,
Saya selaku Wakil Kepada Pengerusi Taman Bahagia Mengucapkan
Terima Kasih Kepada Penceramah undangan kita kerana sudi hadir pada hari ini.Di kesempatan ini,
saya ingin merakamkan jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua
yang telah menjayakan dan memberikan sumbangan sama ada dari segi tenaga dan
wang ringgit. Semoga Allah yang membalas Jasa Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian.
Akhir kata,
di harapkan majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan kita memperoleh sesuatu
yang berguna dari ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah undangan kita..
Sekian
Sahaja, Terima Kasih. Assalamualaikum.
Langgan:
Catatan (Atom)
PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA
Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...
-
Setiap orang mempunyai peristiwa yang tidak dapat dilupakan sama ada peristiwa gembira atau peristiwa yang menyedihkan.Aku juga mempunyai pe...
-
Hapuskan Nyamuk Aedes Bermula dari rumah, Ambil kisah tentang denggi, Dan juga di sekolah, Ambil tau tentang denggi. Hapusk...
-
Barah Otak:- Surah Al-Maidah 5; Ayat 67-75 Surah Al-Furqan 25; Ayat 41-52 Surah Yunus 10; Ayat 48-61 Surah An'aam 6; Ayat 112-122 ...



















