Khamis, 24 Disember 2009

AIMAN SYUKUR ANAKKU

  Catatan ini dibuat bukan untuk simpati orang atau heboh telur sebiji ayam sekampung. Pada tahun 2003 bulan November lahirlah anak lelakiku yang ku beri nama Aiman Syukur, Lahirnya Aiman macam-macam dugaan terpaksa aku harungi dan hadapi. Ada setengah orang mengatakan semasa isteriku mengandungkan Aiman aku telah melakukan satu kesalahan besar menyebabkan anakku Aiman lahir tanpa tempurung kepala di belakang kepala sebesar tapak tangan.Otak di kepalanya turut sedikit keluar dan mengering menjadi kehitaman kerana sel-selnya telah mati. Sebelum dibedah kelihatan cecair otak berwarna kekuningan keluar dibaluti dengan kapas. Aku berasa sungguh sedih ketika itu, tambahan pula doktor mengatakan anakku hanya mampu hidup 3 tahun. Tetapi kini sudah 6 tahun, anakku Aiman masih mampu hidup dan boleh bergembira dengan adik-beradiknya , ayah dan umi.Aku yakin padamu ALLAH aku tidak melakukan apa-apa kesalahan yang besar hinggakan anakku terpaksa menghadapi balasannya.
  Air mata akan sentiasa mengalir tanpa kusedari jika aku mengingat kisah silam, kerana ianya terlalu sedih dan sukar untukku ungkapkan dengan kata-kata. Anakku Aiman ada menghidap asma dan telah 4 kali masuk wad. Begitu susah untuk menjaga anakku, terutama semasa dia sakit. Sekali lagi air mataku mengalir.Aku berasa amat sedih dan kasihan dengan penyakit yang dialaminya. Aiman juga ada menghidap sawan, kali pertama kena sawan semasa berumur 4 tahun paling teruk. Sekali lagi aku menangis, aku berasa amat sedih dan kasihan dengan nasib yang menimpanya. Aku berusaha untuk mengubati penyakit anakku dengan cara kampung dan moden.
  Sawan semakin lama semakin kurang kerana dibekalkan ubat sawan. Aku menyertai Winner 4life baru sebelas hari dan memberi Aiman ubat TF selama 11 hari. Aku berasa gembira kerana selama 10 hari Aiman langsung tiada tang kena sawan. Sebelum ini, ada sedikit sawan dalam masa 3-4 saat sahaja. Aku memberhentikan ubat sawan kerana aku sangkakan sawannya telah pulih. Tetapi jangkaanku salah, pada 24/12/2009 anakku Aiman telah menghidapi demam panas kemudian diserang sawan kejang (tarik) dengan muka ,mata mulut, mengigil-gigil serta kaki dan tangan membengkok dan menggigil.  Sekali lagi aku menangis, aku panik, aku tak tau nak buat apa-apa. Aku bacakan ayat kursi, alfatihah , aku urutkan kaki dan tangannya. Aku tegakkan badannya dan aku berdoa pada ALLAH semoga kau cepat pulih nak. Aku menangis kerana sudah lama Aiman tidak diserang sawan yang teruk.
  Ada orang berkata jangan terlalu berharap anak lahir begini, tapi aku tidak aku masih berharap anakku boleh berdikari sendiri, makan sendiri, pakai baju sendiri, buang air sendiri dan sebagainya. Aku tidak akan putus asa, aku akan berikan tunjukajar kepada anakku Aiman dan sentiasa berdoa pada ALLAH semoga Aiman sihat dan dapat hidup seperti kanak-kanak lain.Harapan kutinggi kerana kaulah anak yang bertuah lahir dibumi ini yang akan memberi sinar kepada ayah...

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...