Sabtu, 7 Ogos 2010

Adab Berdoa

Seorang lelaki melangkahkan kaki ke sebuah bilik. Kini dia berkemeja kemas tanpa ada kedutan, bertali leher walau rimas, rambut disikat kemas, adad dan tatacara bercakap sungguh sopan dan pelbagai lagi keajaiban dapat dilihat.Semua itu amat luar biasa berbanding hari-hari lain. Dia kini sedang berdepan dengan penemu duga. Oh patutlah! Rupanya hendak mendapatkan pekerjaan.
      Kita pula bagaimana? Saat meminta daripada Allah akan seribu keperluan dan kehendak, adakah kita begitu teliti tentang segala adab-adabnya? Kita perlu cerewet dengan persiapan sama ada sebelum, semasa atau setelah berdoa. Malah adab-adab ini juga meliputi adab-adab lahir dan batin.

Sebelum
  • Sediakan hati bahawa Allah bersdifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-Nya. Bertaubattlah juga kepada Allah.
  • Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
  • Menghadap kiblat, jika tiada halangan.
  • Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain-lain.
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
  • Pastikan makanan dan minuman anda daripada sumber yang halal. Ini kerana, Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
  • Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain.
Semasa
  • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak tiga kali.
  • Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
  • Ulangi doa yang dibaca.
  • Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
  • Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat.
  • Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.
Selepas
  • Menyapu muka dengan tangan selepas selesai berdoa.
  • Mengaminkan doa yang dibacakan.
  • Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti ada alternatif lain diberikan Allah, sama ada kita sedar atau tidak.
  • Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon. 

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...