Selasa, 23 Mei 2017
Jumaat, 17 Mac 2017
Jumaat, 24 Februari 2017
Ucapan Perpisahan
Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt.dan selamat sejahtera. Terima Kasih kepada pengacara majlis, Yang dihormati Tn Pengetua Hj Monsarif bin Hj Kahar, GPK Pentadbiran Hajah Fauziah, GPK Hem Pn Sabariah, GPK Koku En Selamat Maasom. Guru Ketua Bidang, guru-guru dan pelajar sekalian.
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana kita masih dipanjangkan umur untuk bersua pada pagi ini. Terima kasih Hajah Fauziah kerana menjemput saya dan mengadakan majlis perpisahan. Malam tadi saya hadir ke asrama untuk majlis meraikan kejayaan Asrama SMKSL di dalam pertandingan ASAT. Pagi ini saya hadir lagi untuk majlis perpisahan dan ptg ini saya akan hadir lagi untuk Mesyuarat Agung PIBG.
Banyak kenangan di sini. Saya sampai di sini tahun 2009 sebagai guru disipilin bersama Tn Haji Abdullah kemudian 2014 saya bertukar ke SPBT dengan Pn Nurhafizah. Kenagan lain bersama Band sekolah cikgu Amy Abu Bakar , Kadet Bomba dan Penyelamat cikgu Md said, Cikgu Hisham. Subjek Matematik Tingkatan 5 terima kasih cikgu Zarina Misri.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kehadiran kita disuatu tempat adalah bersifat sementara dan tidak akan kekal selamanya itu adalah lumrah kehidupan. Pertukaran saya ke sekolah rendah adalah suatu yang saya tidak jangkakan sebenarnya.
Di kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Pengetua Tn Hj Monsarif b Hj Kahar.Semua GPK. Guru-guru, kakitangan sekolah, pekerja dan pengawal keselamatan. Terima Kasih sekali kepada semua.
Sekian. Terima Kasih.

Ahad, 22 Januari 2017
Ucapan Wakil Pengerusi Taman Bahagia Ayer Hitam 2017
Ucapan Wakil Pengerusi Sambutan Maulidurrasul Peringkat Surau Taman Bahagia 4.2.2017
Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis ,
Alhamdulillahirabbilalamin wassolatuwasolamuala asyrafilmursalin waalaalihi wasohbihi ajmain. Rabbisahri sadri wayassirliamri wahluluqdatammillisani yafqauluqauli.
Yang Dihormati, Tuan Penceramah Undangan Kita Ustaz Tn Haji Taufiq bin Othman Imam Mesjid Batu 8, Pengerusi Surau Taman Bahagia Ustaz Wan Hassan Bin Wan Ahmad, Pengerusi Taman Bahagia Encik Edy Bin Musliman , Ajk - Ajk Taman Bahagia ,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dikasihi Sekalian.

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Alhamdulillah, bersyukur
kita ke Hadrat Allah kerana dengan Taufik Dan Hidayahnya serta keizinannya sekali lagi pada tahun 2017 ini dapat
kita berkumpul bersama-sama di Majlis ilmu ini iaitu Sambutan Maulidurrasul bagi memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Maulidurrasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun. Demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya, mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.
Muslimin Dan Muslimat Yang Berbahagia,
Saya selaku Wakil Kepada Pengerusi Taman Bahagia Mengucapkan
Terima Kasih Kepada Penceramah undangan kita kerana sudi hadir pada hari ini.Di kesempatan ini,
saya ingin merakamkan jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua
yang telah menjayakan dan memberikan sumbangan sama ada dari segi bahan mentah,makanan, tenaga dan
wang ringgit. Semoga Allah yang membalas Jasa Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian.
Akhir kata,
di harapkan majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan kita memperoleh sesuatu
yang berguna dari ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah undangan kita..
Sekian
Sahaja, Terima Kasih. Assalamualaikum.wbt.
Jumaat, 15 Januari 2016
Ucapan Wakil Pengerusi Sambutan Maulidurrasul Peringkat Surau Taman Bahagia.
Terima Kasih Pengerusi Majlis ,
Yang Dihormati, Tuan Penceramah Undangan Kita Ustaz Mohammad Halmi
bin Jaapar, Pengerusi Surau Taman Bahagia Ustaz Wan Hassan Bin Wan Ahmad,
Pengerusi Taman Bahagia Encik Edy Bin Musliman , Ajk Taman Bahagia ,Tuan-Tuan
Dan Puan-Puan Serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dikasihi Sekalian.
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Alhamdulillahirabil Alamin, Wassolatu Wassalamu Ala
Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin Wa Ala Aalihi Wasohbihi Ajmaiin.
Alhamdulillah, bersyukur
kita ke Hadrat Allah kerana dengan Taufik Dan Hidayahnya serta keizinannya sekali lagi pada tahun 2016 ini dapat
kita berkumpul bersama-sama di Majlis Sambutan Maulidurrasul bagi memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Muslimin Dan Muslimat Yang Berbahagia,
Saya selaku Wakil Kepada Pengerusi Taman Bahagia Mengucapkan
Terima Kasih Kepada Penceramah undangan kita kerana sudi hadir pada hari ini.Di kesempatan ini,
saya ingin merakamkan jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua
yang telah menjayakan dan memberikan sumbangan sama ada dari segi tenaga dan
wang ringgit. Semoga Allah yang membalas Jasa Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian.
Akhir kata,
di harapkan majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan kita memperoleh sesuatu
yang berguna dari ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah undangan kita..
Sekian
Sahaja, Terima Kasih. Assalamualaikum.
Rabu, 2 Disember 2015
Khamis, 23 April 2015
Jumaat, 26 September 2014
Khamis, 25 September 2014
25/9/14 Selamat Hari Lahir ke 42 tahun
Assalamualaikum wbt....terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah swt. yang telah memberi peluang untuk terus hidup menghirup udara segar dan dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anak didik kesayangan saya kelas 3KAA1. Saya berasa amat terharu,sedih bercampur suka dan gembira yang tidak terhingga kerana diberi layanan yang baik,walaupun saya tahu saya selalu memarahi dan menjerit DIAM kepada semua pelajar yang suka membuat bising sewaktu belajar. Saya yakin dengan anda semua pelajar 3KAA1 akan berjaya dalam semua matapelajaran dan menjadi anak-anak yang g soleh dan solehah. Bermula dengan kad jemputan diikuti dengan kek kembar bertulis HAPPY BIRTHDAY CIKGU MAHADZIR dan DARIPADA KELAS 3KAA1 saya amat terharu dan sedih.
Ahad, 8 Jun 2014
Terindah buatmu
Tidak disangka,
Kehadiranmu di dunia ini,
Membuat hatiku sedih dan pilu,
Kasihanku kepadamu.
Melihatkan dirimu,
Merenung masa depanmu,
Memikirkan nasibmu,
Timbul persoalan...
Namun ku reda,
Aku terima,
Anugerah dan ketentuanmu,
Aku terima,
Takdirmu...
Syukur kepadamu ya ALLAH
Kasihku, sayangku dan cintaku padamu,
Takkan hilang,
Takkan padam,
Takkan luput,,,,
Kehadiranmu di dunia ini,
Membuat hatiku sedih dan pilu,
Kasihanku kepadamu.
Melihatkan dirimu,
Merenung masa depanmu,
Memikirkan nasibmu,
Timbul persoalan...
Namun ku reda,
Aku terima,
Anugerah dan ketentuanmu,
Aku terima,
Takdirmu...
Syukur kepadamu ya ALLAH
Kasihku, sayangku dan cintaku padamu,
Takkan hilang,
Takkan padam,
Takkan luput,,,,
Jumaat, 9 Mei 2014
Langgan:
Catatan (Atom)
PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA
Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...
-
Assalamualaikum wbt. Yang Berbahagia, Inspektor Mazeli bin Yusof Ketua Balai, Balai Polis Sri Lalang Yang Berusaha, Pn ...