Selasa, 23 Mei 2017

Sekolah Lestari - Sekolah Kebangsaan Seri Lalang .



Makna Lestari :-

Perkataan ‘lestari‘ sedap didengar dan gemar pula digunakan orang. Maksud lestari sebenarnya ialah;-
  • lestari > kekal, tidak berubah
  • melestarikan > mengekalkan, menetapkan
  • pelestarian > perlindungan daripada kemusnahan
  • kelestarian > keadaan yang tidak berubah
Dalam ayat;-
  1. Semua anggota masyarakat mestilah memiliki rasa tanggungjawab untuk melestarikan hutan semula jadi kita. (mengekalkan)
  2. Kelestarian hutan asli kita mesti diutamakan. (pengekalan / keaslian)
Latar Belakang
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Dato’ Sri Hj. Adenan Hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Januari 2005.
Sekolah Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari segi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Hasrat Sekolah Lestari
Sekolah Lestari adalah satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh Srategi Hijau. Strategi Hijau yang pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.
Definisi Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Objektif Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari dibentuk bagi mencapai objektif berikut:-
  1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
  2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
  4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan
  5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari
Kompones Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari merangkumi empat komponen iaitu:-
  1. Pengurusan
  2. Kurikulum
  3. Kokurikulum
  4. Penghijauan































Terima kasih kepada penyumbang :-

1. Tn Haji Amat Khri bin Mardi AKM TANI- Baja Hidroponik.

2. Tn Bahrudin bin Mohd Salleh- Pen Pegawai Pertanian, Unit Senitaman dan Agro Pelancongan PPAH - Pokok Hiasan Pagar iaitu Pokok Siantan (Ixora Spp)
Pokok Bunga Puding (Croton spp) , Pokok Bunga Longan.

3. Tn Samad - Pokok Mangga, Pokok Durian Belanda

4. En Aizad - Penceramah Kitar Semula dari SWAM

Pertandingan Lestari Alam Sekitar 2017-2018

Program Lestari:
1. Gotong royong
2. Ceramah Kitar Semula
3. Penanaman Pokok
4.Khidmat nasihat PPAH
5. Penjualan besi/kertas/plastik




















Jumaat, 24 Februari 2017

Ucapan Perpisahan

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt.dan selamat sejahtera. Terima Kasih kepada pengacara majlis, Yang dihormati Tn Pengetua Hj Monsarif bin Hj Kahar, GPK Pentadbiran Hajah Fauziah, GPK Hem Pn Sabariah, GPK Koku En Selamat Maasom. Guru Ketua Bidang, guru-guru dan pelajar sekalian.
       
 Alhamdulillah syukur pada Allah kerana kita masih dipanjangkan umur untuk bersua pada pagi ini. Terima kasih Hajah Fauziah kerana menjemput saya dan mengadakan majlis perpisahan. Malam tadi saya hadir ke asrama untuk majlis meraikan kejayaan Asrama SMKSL di dalam pertandingan ASAT. Pagi ini saya hadir lagi untuk majlis perpisahan dan ptg ini saya akan hadir lagi untuk Mesyuarat Agung PIBG.

Banyak kenangan di sini. Saya sampai di sini tahun 2009 sebagai guru disipilin bersama Tn Haji Abdullah kemudian 2014 saya bertukar ke SPBT dengan Pn Nurhafizah. Kenagan lain bersama Band sekolah cikgu Amy Abu Bakar , Kadet Bomba dan Penyelamat cikgu Md said, Cikgu Hisham. Subjek Matematik Tingkatan 5 terima kasih cikgu Zarina Misri.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kehadiran kita disuatu tempat adalah bersifat sementara dan tidak akan kekal selamanya itu adalah lumrah kehidupan. Pertukaran saya ke sekolah rendah adalah suatu yang saya tidak jangkakan sebenarnya.

Di kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Pengetua Tn Hj Monsarif b Hj Kahar.Semua GPK. Guru-guru, kakitangan sekolah, pekerja dan pengawal keselamatan. Terima Kasih sekali kepada semua.

Sekian. Terima Kasih.

Ahad, 22 Januari 2017

Ucapan Wakil Pengerusi Taman Bahagia Ayer Hitam 2017

Ucapan Wakil Pengerusi Sambutan Maulidurrasul Peringkat Surau Taman Bahagia 4.2.2017

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis ,
Alhamdulillahirabbilalamin wassolatuwasolamuala asyrafilmursalin waalaalihi wasohbihi ajmain. Rabbisahri sadri wayassirliamri wahluluqdatammillisani yafqauluqauli. 

Yang Dihormati, Tuan Penceramah Undangan Kita Ustaz Tn Haji Taufiq bin Othman Imam Mesjid Batu 8, Pengerusi Surau Taman Bahagia Ustaz Wan Hassan Bin Wan Ahmad, Pengerusi Taman Bahagia Encik Edy Bin Musliman , Ajk - Ajk Taman Bahagia ,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Serta Hadirin Dan Hadirat Yang Dikasihi Sekalian.
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Allah kerana dengan Taufik Dan Hidayahnya serta keizinannya sekali lagi pada tahun 2017 ini dapat kita berkumpul bersama-sama di Majlis ilmu ini iaitu Sambutan Maulidurrasul bagi memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Maulidurrasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun. Demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya, mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

Muslimin Dan Muslimat Yang Berbahagia,
Saya selaku Wakil Kepada Pengerusi Taman Bahagia Mengucapkan Terima Kasih Kepada Penceramah undangan kita kerana sudi hadir pada hari ini.Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan dan memberikan sumbangan sama ada dari segi bahan mentah,makanan, tenaga dan wang ringgit. Semoga Allah yang membalas Jasa Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian.
Akhir kata, di harapkan majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan kita memperoleh sesuatu yang berguna dari ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah undangan kita..
Sekian Sahaja, Terima Kasih. Assalamualaikum.wbt.


PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...