Ahad, 17 Januari 2010

Transfer Factor

malaysia.4life.com//



Salam Sejahtera, Saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi sejak menyertai 4Life Research. Sekurang-kurangnya, saya dapat memberikan sedikit maklumat berkenaan Sistem Imun tubuh, kepentingannya serta cara meningkatkan tahap kesediaannya untuk melawan penyakit. Sistem Imun boleh diibaratkan sebagai ASKAR yang mengawal tubuh badan kita dari serangan penyakit yang berpunca dari bakteria, virus, kuman, kulat, sel kanser dan lain2 penceroboh asing (musuh). Ia bekerja 24 Jam tanpa henti. Apabila Sistem Imun kita kuat, tubuh kita sukar diserang penyakit yang diakibatkan oleh penceroboh asing tadi. Sebaliknya, Sistem Imun yang lemah akan menyebabkan badan kita mudah diserang penyakit. Transfer Factor ia molekul pendidik system imun yang dijumpai dalam haiwan dan manusia (higher animals). Ia diibaratkan sebagai seorang cikgu yang akan mengajar system imun kita (askar) untuk mengenali ‘musuh’ serta kawan (bakteria baik) di dalam tubuh badan kita. Apabila Sistem Imun mengenali kawan dan lawan, ia akan bertindak menentang musuh dan membiarkan kawan berada dalam keadaan selamat. Transfer Factor boleh diperolehi dari sel darah putih, dalam kolostrum dan telur. 4Life Transfer Factor pula ialah ‘molekul pendidik system imun’ (Immune IQ). 1biji TF (200mg) berpotensi mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bacteria dan juga sel kanser. Molekul ini diekstrak dari kolostrum lembu dan kuning telur. Ia tidak mengandungi antibody khusus spt yg terdapat dalam kolostrum haiwan. oleh itu, ia tidak memberikan kesan allergi dan sesuai untuk semua org (kecuali yg pernah menerima organ org). 1 biji kapsul TF jg bersamaan 75-100biji pil kolostrum dlm fungsinya dalam meningkatkan system imum. Kali terakhir kita mendapat Transfer Factor adalah ketika kita menyusu semasa bayi. Kerana kandungan susu ibu mengandungi Transfer Factor (dalam kolestrum) yang telah merakamkan segala bentuk dan jenis penceroboh asing yang pernah memasuki badan dan menyerang si Ibu. Selepas itu, kita tidak lg mendapat transfer factor.
TRANSFER FACTOR BUKAN VITAMIN,HERBA,ENZIM,FIBER,KOLOSTRUM,GALIAN,STEROID ,HORMONE,CELLFOOD DAN LAIN2

Dalam Fungsi Peningkatan Daya Imun Untuk Merawat & Mencegah Penyakit,
TRANSFER FACTOR adalah:

* 8 kali lebih kuat dari LINGZHI / GANO

* 10 kali lebih kuat dari ECHINACEA

* 15 kali lebih kuat dari CORDYCEPS

* 19 kali lebih kuat dari KOLOSTRUM / IgG

* 29 kali lebih kuat dari NONI & ALOE VERA

* 30 kali lebih kuat dari GINSENG, SPIRULINA, ROYAL-JELLY, CHLORELLA, ALFAFA, GREEN TEA, WHEAT GRASS, GINKGO, CHLOROPHYLL, GOTU-KOLA, BEE-PROPOLIS, GRAPE SEED MACA & …banyak lagi





Khamis, 24 Disember 2009

AIMAN SYUKUR ANAKKU

  Catatan ini dibuat bukan untuk simpati orang atau heboh telur sebiji ayam sekampung. Pada tahun 2003 bulan November lahirlah anak lelakiku yang ku beri nama Aiman Syukur, Lahirnya Aiman macam-macam dugaan terpaksa aku harungi dan hadapi. Ada setengah orang mengatakan semasa isteriku mengandungkan Aiman aku telah melakukan satu kesalahan besar menyebabkan anakku Aiman lahir tanpa tempurung kepala di belakang kepala sebesar tapak tangan.Otak di kepalanya turut sedikit keluar dan mengering menjadi kehitaman kerana sel-selnya telah mati. Sebelum dibedah kelihatan cecair otak berwarna kekuningan keluar dibaluti dengan kapas. Aku berasa sungguh sedih ketika itu, tambahan pula doktor mengatakan anakku hanya mampu hidup 3 tahun. Tetapi kini sudah 6 tahun, anakku Aiman masih mampu hidup dan boleh bergembira dengan adik-beradiknya , ayah dan umi.Aku yakin padamu ALLAH aku tidak melakukan apa-apa kesalahan yang besar hinggakan anakku terpaksa menghadapi balasannya.
  Air mata akan sentiasa mengalir tanpa kusedari jika aku mengingat kisah silam, kerana ianya terlalu sedih dan sukar untukku ungkapkan dengan kata-kata. Anakku Aiman ada menghidap asma dan telah 4 kali masuk wad. Begitu susah untuk menjaga anakku, terutama semasa dia sakit. Sekali lagi air mataku mengalir.Aku berasa amat sedih dan kasihan dengan penyakit yang dialaminya. Aiman juga ada menghidap sawan, kali pertama kena sawan semasa berumur 4 tahun paling teruk. Sekali lagi aku menangis, aku berasa amat sedih dan kasihan dengan nasib yang menimpanya. Aku berusaha untuk mengubati penyakit anakku dengan cara kampung dan moden.
  Sawan semakin lama semakin kurang kerana dibekalkan ubat sawan. Aku menyertai Winner 4life baru sebelas hari dan memberi Aiman ubat TF selama 11 hari. Aku berasa gembira kerana selama 10 hari Aiman langsung tiada tang kena sawan. Sebelum ini, ada sedikit sawan dalam masa 3-4 saat sahaja. Aku memberhentikan ubat sawan kerana aku sangkakan sawannya telah pulih. Tetapi jangkaanku salah, pada 24/12/2009 anakku Aiman telah menghidapi demam panas kemudian diserang sawan kejang (tarik) dengan muka ,mata mulut, mengigil-gigil serta kaki dan tangan membengkok dan menggigil.  Sekali lagi aku menangis, aku panik, aku tak tau nak buat apa-apa. Aku bacakan ayat kursi, alfatihah , aku urutkan kaki dan tangannya. Aku tegakkan badannya dan aku berdoa pada ALLAH semoga kau cepat pulih nak. Aku menangis kerana sudah lama Aiman tidak diserang sawan yang teruk.
  Ada orang berkata jangan terlalu berharap anak lahir begini, tapi aku tidak aku masih berharap anakku boleh berdikari sendiri, makan sendiri, pakai baju sendiri, buang air sendiri dan sebagainya. Aku tidak akan putus asa, aku akan berikan tunjukajar kepada anakku Aiman dan sentiasa berdoa pada ALLAH semoga Aiman sihat dan dapat hidup seperti kanak-kanak lain.Harapan kutinggi kerana kaulah anak yang bertuah lahir dibumi ini yang akan memberi sinar kepada ayah...

Sabtu, 7 November 2009

Tesco Johor Gahru






Wajah-wajah ceria=
Khairunnisa
Aiman Syukur
Nurin Safiah
Muhammad AMirun Amien

Sabtu, 17 Oktober 2009

Nabilah






Tahun berapa Nabilah ke Mesir? Bangah tak berapa ingat.
Ni gambar kau ambik sendiri guna hanset bgh di depan rumah Ramali.Bangah buat tulisan ni pada tarikh 7.7.12 hari Sabtu pukul 5.48 petang waktu Malaysia.

Muka Nabilah ada iras Rafidah sikit. Kau jangan lupa nama kau Bangah yang bagi,Nanti kalau kak ina ngandung minta tolong carikan nama yan maknanya baik baik.

Nama Khairunnisa ayah yang bagi...bgh dah ketandusan idea mencari nama selepas kelahiran Aiman Syukur.Nanti bgh cari lagi gambar-gambar kau kalau ada dalam simpanan komputer ni.

Umur kau masa ni 19 tahun bangah lagi muda masa ni umur bangah berapa ya? Tak ingat lagi. Mudah lupa. Mungkin 36 tahun kot?

Ini gambar kira dah lama juga. Tahun 2010.Sekarang dah 2012. Ada juga gambar terbaru.

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...