Isnin, 31 Mei 2010

Pertandingan Mewarna

Pada hari Ahad bersamaan dengan 30/5/10 suatu pertandingan mewarna mengikut kategori dianjurkan oleh Marry Brown Ayer Hitam. Pertandingan tersebut diadakan bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Bayaran yang dikenakan ialah RM10.00 dan pertandingan mewarna mengikut umur iaitu kategori A,B,C dan D.Sebelum pertandingan para peserta diberi satu burger dan air kotak.

A - 7 dan 8 tahun, B - 9 dan 10 tahun, C- 11 dan 12 tahun, D - Pendidikan Khas. Penyertaan para peserta untuk pertandingan adalah sungguh ramai, maka peluang untuk menang memang susah.Hadiah yang ditawarkan hanya untuk tempat pertama,kedua dan ketiga serta  tiga hadiah saguhati.Anak saya Nurin Safiah beriya-iya untuk masuk pertandingan tersebut. Nurin tidak memenangi sebarang hadiah, nampak jelas air mukanya kecewa.

Selasa, 30 Mac 2010

Aiman Syukur Ke Sekolah...30.03.2010


     Setiap pagi pukul 5.00  Umi dah bangun untuk persiapan anak-anak ke sekolah. Bila terdengar bunyi di dapur serta-merta Aiman dan Baby Nisa bangun menjerit-jerit. Memang kelam-kabut waktu pagi persiapan sarapan, pakaian dan solat subuh. Kekadang terpaksa tidurkan baby Nisa dibuaian, dapat bergerak sedikit.
    Aiman sudah biasa bangun pagi dan dia faham hendak ke sekolah. Katanya "hendak belajar", "warna", "tulis" .Uminya yang selalu siapkan mandi,gosok gigi, memakai bedak, pakaian,susu dan ubat-ubatan seperti sawan,asma dan kekadang demam.  Tetapi sejak kebelakangan ini Aiman kerap tidak dapat ke sekolah kerana sering diserang Sawan dan kekadang Asma. Ada suatu ketika dah banyak kali cikgunya  telefon di sekolah ambil Aiman balik kerana diserang Demam Sawan. Cikgunya berpesan "Aiman tak payah sekolahlah. kami faham masalah Aiman".
   Setiap pagi aku menghantar Aiman ke sekolah, itupun kalau sihat. Semasa tiba di pintu kelas datang kawan-kawannya menyambut Aiman, terasa sebak hatiku. Kawan-kawannya berkata"Aiman sekolah"..."mari duduk sini". "Salam". Cikgunya selalu bertanya "Aiman Sihat  tak"...Aku berasa sebak dan sedih kerana aku tak menyangka tuhan akan memberikan aku anak seperti  ini. Anak istemewa, sebelum ini aku hanya lihat di tv dan memerhatikan anak orang lain. Sebak hati ini terasa setiap kali hantar aiman ke sekolah.Tetapi setiap kali ke sekolah Aiman akan kelihatan gembira,mungkin ramai kawan dan cikgu-cikgunya yang baik.
   Waktu malam jika hendak tidur dia akan memanggil "ayah sini tidur" ...terpaksa aku menemankan sampai dia tidur. Di tengah malam pernah bangun memanggil ayah....ayah...sini. Aiman akan mencari aku walau di mana? Kadang-kadang di waktu malam Aiman terbatuk-batuk sesak nafas, terpaksa aku memberikan gas kepadanya dan mengurut badan-badannya.
  

Isnin, 8 Februari 2010

Testimoni Transfer Factor

TF Hebat!! Pesakit wanita yang menghidap “mild cerebral palsy” mengadu batuk dan selsema lebih dari 3 bulan, tidak berhasil dengan berbagai ubatan, tetapi sembuh dalam masa 2 hari dengan hanya 2 biji TF dua kali sehari. - Doktor Sani, Klinik Adham, Kota Tinggi – 019-721-2881.


Ibu saya mengalami kencing manis selama 15 tahun, dan berada dalam eadaan yang teruk. Jari-jari tangannya hampir reput dan menanah. Setelah mengambil TF selama 5 hari, keadaannya telah pulih dengan begitu ketara, dan kadar gula kembali normal. Dalam 2 minggu, infeksi dan penanahan menjadi kering. Terima kasih En Akram dan En Zul dari Winners4Life kerana mengenalkan produk ini kepada saya. Daripada Ahmad Rodzi, Alor Star, 019-592-0081
 
Saya amat terkejut dan bersyukur kerana masaalah penyakit “degupan jantung” saya kembali normal walau baru saja mengambil 4 biji TF Advanced selama 2 hari. Terima kasih Winners4Life! – Wan Fuziah, JB 01-791-2241.


Saya sedang mengandung & selalu merasa tidak sihat & mabuk. Saya juga sudah keguguran sebanyak 5 kali sebelum ini. Sejak memakan TF, saya rasa sihat, merasakan tenaga seperti sediakala & tidak mengalami mabuk lagi. Saya kini telah melahirkan dengan selamat. Terima kasih kepada TF & Winners4Life! Pn Hani, Tampines, Singapore - 02-9456-7871


Saya mengalami stroke (angin ahmar) sejak satu setengah tahun lalu. Sebelah kaki & tangan saya tidak dapat berfungsi & lidah juga menjadi kelu. Setelah mengambil TF dari Winners4Life selama sebulan setengah, sebanyak 4 botol, kini saya sudah boleh berjalan & saya juga dapat bercakap dengan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih pada Anna & Winners4Life kerana menganjurkan penawar hebat ini! Daripada Che Gayah, Kulai, Johor.



Saya menderita sakit lutut yang sangat berat. Saya tidak dapat duduk bersila lebih dari 1 tahun & tidak boleh menaiki tangga & juga terpaksa bersolat duduk. Lutut saya keras dan tidak dapat berbengkok menyebabkan saya terpaksa merangkak apabila bangun dari duduk berlunjur dilantai. Selepas 2 bulan memakan TF sebanyak 6 biji sehari, saya kini boleh duduk bersila, menaiki tangga & solat berdiri. Alhamdulillah! Terima kasih Winners4Life. Daripada Pn Rugayah, Kulai, Johor.


Ini ialah antara bukti testimoni produk TF. Saya juga ingin berkongsi keberkesanan TF - anak saya baby nisa sejak lahir selsema dan kahak hingga doktor bimbang akan menjadi asma. Tetapi setelah saya memberi baby saya TF tidak lagi diserang selsema. Saya beri TF advance (kapsul) dengan mengemam sahaja dimulut.

Anak sulong saya pernah demam, saya beri TF 2 biji pagi, 2 biji tghahari dan 2 biji petang. Esok hari dia mengadu pada saya ayah abang dah sihat. Itu juga bukti keberkesanan TF.

Manakala isteri saya jika datang haid sentiasa mengalami migrain teruk. Terpaksa menelan panadol 8 biji. Itu pun 3-4 hari baik. Tetapi sejak makan TF sehari dah sihat.

Begitu juga saya, sebelum ni, rasa sakit di tengkuk berdenyut-denyut, di kepala kiri berdenyut. Setelah 2 bulan makan TF rasa sakit hilang. Kami akan terus makan TF utk menjaga kesihatan kami sekeluarga,

Ayah dan emak menghidap kencing manis..setelah dua bulan makan TF, Gluocoh dan VM. Kadar gula dalam darah telah turun dari 16 menjadi 10...badan lebih bertenaga dan sihat.

Pak Ngah Hamsan suka minum teh 4life. Sejak minum teh tersebut Pak Ngah mudah membuang air besar dan badan rasa lebih selesa.

Itu antara catatan testimoni keluarga saya...



Ahad, 17 Januari 2010

Transfer Factor

malaysia.4life.com//



Salam Sejahtera, Saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi sejak menyertai 4Life Research. Sekurang-kurangnya, saya dapat memberikan sedikit maklumat berkenaan Sistem Imun tubuh, kepentingannya serta cara meningkatkan tahap kesediaannya untuk melawan penyakit. Sistem Imun boleh diibaratkan sebagai ASKAR yang mengawal tubuh badan kita dari serangan penyakit yang berpunca dari bakteria, virus, kuman, kulat, sel kanser dan lain2 penceroboh asing (musuh). Ia bekerja 24 Jam tanpa henti. Apabila Sistem Imun kita kuat, tubuh kita sukar diserang penyakit yang diakibatkan oleh penceroboh asing tadi. Sebaliknya, Sistem Imun yang lemah akan menyebabkan badan kita mudah diserang penyakit. Transfer Factor ia molekul pendidik system imun yang dijumpai dalam haiwan dan manusia (higher animals). Ia diibaratkan sebagai seorang cikgu yang akan mengajar system imun kita (askar) untuk mengenali ‘musuh’ serta kawan (bakteria baik) di dalam tubuh badan kita. Apabila Sistem Imun mengenali kawan dan lawan, ia akan bertindak menentang musuh dan membiarkan kawan berada dalam keadaan selamat. Transfer Factor boleh diperolehi dari sel darah putih, dalam kolostrum dan telur. 4Life Transfer Factor pula ialah ‘molekul pendidik system imun’ (Immune IQ). 1biji TF (200mg) berpotensi mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bacteria dan juga sel kanser. Molekul ini diekstrak dari kolostrum lembu dan kuning telur. Ia tidak mengandungi antibody khusus spt yg terdapat dalam kolostrum haiwan. oleh itu, ia tidak memberikan kesan allergi dan sesuai untuk semua org (kecuali yg pernah menerima organ org). 1 biji kapsul TF jg bersamaan 75-100biji pil kolostrum dlm fungsinya dalam meningkatkan system imum. Kali terakhir kita mendapat Transfer Factor adalah ketika kita menyusu semasa bayi. Kerana kandungan susu ibu mengandungi Transfer Factor (dalam kolestrum) yang telah merakamkan segala bentuk dan jenis penceroboh asing yang pernah memasuki badan dan menyerang si Ibu. Selepas itu, kita tidak lg mendapat transfer factor.
TRANSFER FACTOR BUKAN VITAMIN,HERBA,ENZIM,FIBER,KOLOSTRUM,GALIAN,STEROID ,HORMONE,CELLFOOD DAN LAIN2

Dalam Fungsi Peningkatan Daya Imun Untuk Merawat & Mencegah Penyakit,
TRANSFER FACTOR adalah:

* 8 kali lebih kuat dari LINGZHI / GANO

* 10 kali lebih kuat dari ECHINACEA

* 15 kali lebih kuat dari CORDYCEPS

* 19 kali lebih kuat dari KOLOSTRUM / IgG

* 29 kali lebih kuat dari NONI & ALOE VERA

* 30 kali lebih kuat dari GINSENG, SPIRULINA, ROYAL-JELLY, CHLORELLA, ALFAFA, GREEN TEA, WHEAT GRASS, GINKGO, CHLOROPHYLL, GOTU-KOLA, BEE-PROPOLIS, GRAPE SEED MACA & …banyak lagi





Khamis, 24 Disember 2009

AIMAN SYUKUR ANAKKU

  Catatan ini dibuat bukan untuk simpati orang atau heboh telur sebiji ayam sekampung. Pada tahun 2003 bulan November lahirlah anak lelakiku yang ku beri nama Aiman Syukur, Lahirnya Aiman macam-macam dugaan terpaksa aku harungi dan hadapi. Ada setengah orang mengatakan semasa isteriku mengandungkan Aiman aku telah melakukan satu kesalahan besar menyebabkan anakku Aiman lahir tanpa tempurung kepala di belakang kepala sebesar tapak tangan.Otak di kepalanya turut sedikit keluar dan mengering menjadi kehitaman kerana sel-selnya telah mati. Sebelum dibedah kelihatan cecair otak berwarna kekuningan keluar dibaluti dengan kapas. Aku berasa sungguh sedih ketika itu, tambahan pula doktor mengatakan anakku hanya mampu hidup 3 tahun. Tetapi kini sudah 6 tahun, anakku Aiman masih mampu hidup dan boleh bergembira dengan adik-beradiknya , ayah dan umi.Aku yakin padamu ALLAH aku tidak melakukan apa-apa kesalahan yang besar hinggakan anakku terpaksa menghadapi balasannya.
  Air mata akan sentiasa mengalir tanpa kusedari jika aku mengingat kisah silam, kerana ianya terlalu sedih dan sukar untukku ungkapkan dengan kata-kata. Anakku Aiman ada menghidap asma dan telah 4 kali masuk wad. Begitu susah untuk menjaga anakku, terutama semasa dia sakit. Sekali lagi air mataku mengalir.Aku berasa amat sedih dan kasihan dengan penyakit yang dialaminya. Aiman juga ada menghidap sawan, kali pertama kena sawan semasa berumur 4 tahun paling teruk. Sekali lagi aku menangis, aku berasa amat sedih dan kasihan dengan nasib yang menimpanya. Aku berusaha untuk mengubati penyakit anakku dengan cara kampung dan moden.
  Sawan semakin lama semakin kurang kerana dibekalkan ubat sawan. Aku menyertai Winner 4life baru sebelas hari dan memberi Aiman ubat TF selama 11 hari. Aku berasa gembira kerana selama 10 hari Aiman langsung tiada tang kena sawan. Sebelum ini, ada sedikit sawan dalam masa 3-4 saat sahaja. Aku memberhentikan ubat sawan kerana aku sangkakan sawannya telah pulih. Tetapi jangkaanku salah, pada 24/12/2009 anakku Aiman telah menghidapi demam panas kemudian diserang sawan kejang (tarik) dengan muka ,mata mulut, mengigil-gigil serta kaki dan tangan membengkok dan menggigil.  Sekali lagi aku menangis, aku panik, aku tak tau nak buat apa-apa. Aku bacakan ayat kursi, alfatihah , aku urutkan kaki dan tangannya. Aku tegakkan badannya dan aku berdoa pada ALLAH semoga kau cepat pulih nak. Aku menangis kerana sudah lama Aiman tidak diserang sawan yang teruk.
  Ada orang berkata jangan terlalu berharap anak lahir begini, tapi aku tidak aku masih berharap anakku boleh berdikari sendiri, makan sendiri, pakai baju sendiri, buang air sendiri dan sebagainya. Aku tidak akan putus asa, aku akan berikan tunjukajar kepada anakku Aiman dan sentiasa berdoa pada ALLAH semoga Aiman sihat dan dapat hidup seperti kanak-kanak lain.Harapan kutinggi kerana kaulah anak yang bertuah lahir dibumi ini yang akan memberi sinar kepada ayah...

Sabtu, 7 November 2009

Tesco Johor Gahru






Wajah-wajah ceria=
Khairunnisa
Aiman Syukur
Nurin Safiah
Muhammad AMirun Amien

Sabtu, 17 Oktober 2009

Nabilah






Tahun berapa Nabilah ke Mesir? Bangah tak berapa ingat.
Ni gambar kau ambik sendiri guna hanset bgh di depan rumah Ramali.Bangah buat tulisan ni pada tarikh 7.7.12 hari Sabtu pukul 5.48 petang waktu Malaysia.

Muka Nabilah ada iras Rafidah sikit. Kau jangan lupa nama kau Bangah yang bagi,Nanti kalau kak ina ngandung minta tolong carikan nama yan maknanya baik baik.

Nama Khairunnisa ayah yang bagi...bgh dah ketandusan idea mencari nama selepas kelahiran Aiman Syukur.Nanti bgh cari lagi gambar-gambar kau kalau ada dalam simpanan komputer ni.

Umur kau masa ni 19 tahun bangah lagi muda masa ni umur bangah berapa ya? Tak ingat lagi. Mudah lupa. Mungkin 36 tahun kot?

Ini gambar kira dah lama juga. Tahun 2010.Sekarang dah 2012. Ada juga gambar terbaru.

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...