Sekarang Khairunnisa sudah berumur 2 tahun 8 bulan. Ada gambar Adik atas sekali tengah menangis.Gambar lain pun ada semasa Hari Raya.Memang betul kata orang anak penyeri rumahtangga.Menunggu kelahiran Nisa agak lama juga selepas Aiman beza umur agak jauh juga iaitu hampir 6 tahun. Tetapi dari segi perkembangan pemikiran amat berbeza antara abang dan adik.Perasaam cemburu kasih sayang antara adik beradik amat
kuat. Kekadang berebut-rebut hendak dipeluk cium.
Sekarang ini, Nisa memang suka mengusik abangnya, dengan menggigit-gigit badan abangnya. Setiap pagi hantar abangnya ke sekolah mesti ikut menemani sampai ke pintu kelas.Pernah sekali hendak ikut sama-sama abangnya bersekolah.Selepas bersalam
dengan abangnya terasa puas dan terus balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan