Bagi mengelak lunturnya iman beberapa cadangan boleh diikuti:-
1.TINGKATKAN KUALITI IBADAH
Contohi bagaimana Rasullullah beribadah walaupun Baginda telah dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik. Rasullullah s.a.w. bersabda dalam hadis Qudsi yang bermaksud
Allah berfirman: "Tidaklah seorang hambaku mendekatkan diri kepadaku dengan sesuatu yang paling aku cintai selain daripada kewajiban yang Aku fardukan kepadanya.Dan hambaku itu sentiasa mendekatkan diri kepadaku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya" (Riwayat al- Bukhari)
2.HATI SENTIASA KHUSYUK KETIKA BERHADAPAN DENGAN ALLAH
Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah.Punca hilang khusyuk ialah hati terlalu keras, cara melembutkan hati adalah dengan melemahkan nafsu. Di sini Rasullullah s.a.w. mengajar kita supaya sujud lama-lama dalam solat.
3.SELALU MENGHADIRI MAJLIS ILMU
Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya jika semakin jauh daripada majlis ilmu.Kalau Rasullullah cintakan ilmu, maka kita juga perlu cintakan ilmu sekaligus menggambarkan kecintaan pada Rasullullah.
Langkah-langkah yang dinyatakan di atas adalah asas bagi seseorang untuk mencapai kemanisan iman.Jadi sebagai umat Islam tidak harus mengabaikannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan