Sabtu, 4 Mei 2013

AL FATIHAH UNTUK ALMARHUM AYAHANDA HJ IBRAHIM BIN ATAN

Almarhum Ayahanda Haji Ibrahim bin Atan sedang menimang cucu namanya Khairunnisa binti Mahadzir. Syukur kepada ALLAH nama pun Almarhum Ayahanda yang beri.

Pengorbanan Seorang Ayah.
AYAH...

Terlalu banyak jasa-jasamu terhadapku.
Sanggup bersusah-payah setiap waktu.
Sanggup berkorban demi anak-anakmu.
Setiap waktu anakmu merindukanmu.

AYAH...
Kau adalah insan yang terlalu istemewa.
Pemergianmu tidak mungkin dapat diganti
Namun kasih dan sayangmu tetap kuperlukan,
Kerana kasih ayah sejati sepanjang zaman.




AYAH...
Ayahandaku tercinta,
Amat terasa kehilanganmu,
Anakmu sentiasa merinduimu.
Disaat kami memerlukanmu tetapi Allah lebih menyayangimu.


Semoga ditempatkan orang-orang yang soleh dan beriman.
Kerana ayahlah aku ada di dunia ini.
Anakmu sangat sayang padamu Ayah.
Ku doakan Aman dan tenang di sana.

Al Fatihah untuk Arwah Ayahanda Hj Ibrahim bin Atan.

*teringat semasa Penilaian Darjah Lima- Almarhum ayah bersungguh-sungguh mengajarku untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut.
Tarikh Ayah Meninggal Dunia 7.4.2013 
Pukul 11.20 malam di Hospital Pantai,

Khamis, 7 Februari 2013

Aiman Syukur...
Ayah dan Umi sabar menjagamu nak.
Walau Banyak karenah...
Walau Banyak ujian...
Walau banyak dugaan..

Ayah dan Umi tetap sayang padamu,
Ayah dan Umi tak pernah menganggap Aiman menyusahkan.
Membebankan,
Tapi Ayah dan Umi tetap sabar..
menjagamu,
membesarkanmu,
memberi makan,
memberi minum,
pakai pakaian,

Sebab ayah dan Umi,
Yakin satu masa nanti Aiman Syukur Akan Pandai Berdikari.
Berdiri Di Atas kaki sendiri...

Aiman Syukur,
Ayah dan Umi tak minta Aiman dilahirkan begini,
Tapi ayah dan umi tetap bersyukur dengan Anugerah ALLAH.

Ayah dan Umi akan menjaga amanah ini,
menjagamu nak,
memandikanmu nak,
menyuap makan minum untukmu nak.

Ayah dan Umi yakin nak..
Satu masa kita akan berjumpa di SYURGA nanti.

Ayah dan Umi tetap tabah nak..
Walau apa rintangan nak..

Ayah dan Umi
Sayang Aiman Syukur.....

Luahan hati;-

Maksud Aiman Syukur = Anak bertuah dan bersyukur kerana memilikumu.

Sabtu, 7 Julai 2012

ELAK IMAN LUNTUR

Bagi mengelak lunturnya iman beberapa cadangan boleh diikuti:-

1.TINGKATKAN KUALITI IBADAH
Contohi bagaimana Rasullullah beribadah walaupun Baginda telah dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik. Rasullullah s.a.w. bersabda dalam hadis Qudsi yang bermaksud
Allah berfirman: "Tidaklah seorang hambaku mendekatkan diri kepadaku dengan sesuatu yang paling aku cintai selain daripada kewajiban yang Aku fardukan kepadanya.Dan hambaku itu sentiasa mendekatkan diri kepadaku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya" (Riwayat al- Bukhari)


2.HATI SENTIASA KHUSYUK KETIKA BERHADAPAN DENGAN ALLAH
Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah.Punca hilang khusyuk ialah hati terlalu keras, cara melembutkan hati adalah dengan melemahkan nafsu. Di sini Rasullullah s.a.w. mengajar kita supaya sujud lama-lama dalam solat.

3.SELALU MENGHADIRI MAJLIS ILMU
Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya jika semakin jauh daripada majlis ilmu.Kalau Rasullullah cintakan ilmu, maka kita juga perlu cintakan ilmu sekaligus menggambarkan kecintaan pada Rasullullah.

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas adalah asas bagi seseorang untuk mencapai kemanisan iman.Jadi sebagai umat Islam tidak harus mengabaikannya.

PROGRAM GERAK MESRA:GOTONG ROYONG TAMAN BAHAGIA

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin Wassolatuwasola mualaasyrafilmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaiku...